
YAMAHA YZF-R25 TERIMA DUA WARNA BAHARU – UNGU DAN BIRU. HARGA KEKAL RM22K
Yamaha YZF-R25 kini tersedia dalam pilihan dua warna baharu iaitu (ungu) Midnight Star dan biru (Racing Blue). Ia boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 23 Mac 2023.
Dari segi mekanikal, Yamaha YZF-R25 masih mengekalkan enjin empat lejang dua silinder DOHC bersesaran 249cc yang menghasilkan kuasa 35hp dan tork 22.6Nm. Enjin dengan sistem penyejukan cecair itu dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.
Yamaha YZF-R25 2023 juga dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dan lampu signal LED.

Kepada mereka yang berminat mendapatkan Yamaha YZF-R25 dengan kemasan warna baharu, harga runcit yang disyorkan adalah RM22,998 (tidak termasuk yuran pendaftran dan insurans).
Tiada kenaikan harga dikenakan untuk pilihan warna baharu ini.
Pemilik baharu YZF-R25 juga akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM 100 secara percuma.
GALERI:















- BACA: YAMAHA NMAX KINI DATANG PILIHAN WARNA BAHARU – BOLEH DI BELI BERMULA 16 MAC, HARGA RM9,798
- BACA: YAMAHA MATIC SAIZ GERGASI, KAPASITI ENJIN 1200CC – CERMIN SISI BOLEH LIHAT MASA LALU
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER GRAND FILANO HYBRID CONNECTED DI INDONESIA. 2 VARIAN, BERMULA RM7.6K
- BACA: PENGGANTI KAPCAI LAGENDA, YAMAHA EZ115 RASMI DILANCARKAN. 8.7PS, 3 PILIHAN WARNA, BERMULA RM5,598







