Buletin

14 JENAMA DI BAWAH STELLANTIS BERADA DALAM PRESTASI TERBAIK

Stellantis mengatakan bahawa kesemua 14 jenamanya menunjukkan prestasi yang baik sejak penggabungan antara Fiat Chrysler Automobiles dan Kumpulan PSA.

Bos Stellantis, Carlos Tavares, sebelum ini berkata bahawa setiap jenama mempunyai tempoh 10 tahun untuk melaksanakan rancangan perniagaan yang berjaya jika mereka mahu terus kekal dalam industri.

Bercakap di Kongres Berita Automotif di Detroit, ketua pegawai operasi Stellantis Amerika Utara, Mark Stewart berkata tanda-tanda awal adalah baik.

“Bolehkah semuanya bertahan? Semua orang mempunyai peluang bersaing, dan semua orang beraksi sangat bagus. Jelas sekali kami terdiri daripada 14 jenama namun apa yang luar biasa adalah semua jenama dapat menyesuaikan diri di bahagian pasaran berbeza tanpa bertembung antara satu sama lain,” Kata Mark Stewart.

Dalam pada masa yang sama, Stewart sangat menyokong rancangan Chrysler untuk menggunakan elektrik sepenuhnya menjelang 2028. Dia juga berkata bahawa dia tidak bimbang bahawa pikap elektrik pertama daripada Ram akan tiba beberapa tahun selepas daripada saingan. termasuk General Motors, Ford, dan Rivian.

“Kami ketinggalan kira-kira dua tahun untuk meletakkannya di pasaran berbanding pesaing. Apa yang kritikal ialah kita datang dengan kepimpinan.” Tambahnya lagi.

Stewart menambah bahawa titik pulang modal Stellantis adalah di bawah 30 peratus daripada pendapatan di Amerika Utara, dan yakin syarikat itu mampu mengharungi kemelesetan.

Antara pendekatan yang diambil bagi membantu kewangan syarikat adalah Stewart mahukan kecekapan serta penjimatan dilakukan di fasiliti dan sekiranya ia mampu memberikan keuntungan lima peratus, maka lebih banyak kenderaan mampu dihasilkan.

Google ads
Back to top button