Motosikal

6 SEBAB YANG MEMBUATKAN ANDA MAHU BREK ABS PADA MOTOSIKAL SEKARANG JUGA  

Tahukah anda bahawa 50 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ASEAN terdiri daripada penunggang motosikal?

Tahukah anda bahawa satu perempat kemalangan maut boleh dielakkan jika motosikal itu dipasang dengan brek ABS?

bosch-motorcycle-abs-2016-mekanika-4

Harus diakui, jumlah motosikal yang masih tidak dilengkapi brek anti kunci (ABS) masih terlalu banyak di atas jalan raya di Malaysia. Setakat ini, Malaysia masih belum mewajibkan pengeluar untuk memasang ABS pada semua motosikal mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika ABS dilihat sebagai satu sistem keselamatan tambahan yang lebih premium. Justeru, ia hanya dipasang pada motosikal berkuasa tinggi atau varian yang lebih mahal.

Bagi menunjukkan pentingnya brek ABS terhadap keselamatan penunggang motosikal, Bosch telah mengadakan demonstasi sistem tersebut pada kempen keselamatan jalan raya Stop the Crash ASEAN 2016.

Berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), acara tersebut dianjurkan oleh ASEAN NCAP sejak semalam dan hari ini. Turut disokong oleh pihak Global NCAP, ia merupakan satu inisiatif untuk mempromosikan teknologi-teknologi pencegahan kemalangan.

bosch-motorcycle-abs-2016-mekanika-6

6 sebab kenapa brek ABS pada motosikal amat penting dan boleh menyelamatkan nyawa anda:

  1. Mengelakkan brek hadapan daripada terkunci

Apabila penunggang membrek dengan kuat secara tiba-tiba, roda hadapan motosikal akan terkunci. Maka, penunggang hilang kawalan dan keseimbangan badan. Seterusnya membuatkan motosikal tergelincir dan penunggang boleh jatuh ke atas jalan raya.

Sebaliknya, motosikal yang dilengkapi ABS boleh membrek dengan lebih stabil, walaupun di atas permukaan jalan yang basah atau berpasir. Unit kawalan ABS berfungsi untuk memantau kelajuan roda. Jika brek cenderung untuk terkunci, ABS akan mengawal tekanan brek, sekali gus mengoptimumkan kuasa membrek.

bosch-motorcycle-abs-2016-mekanika-9

  1. Memendekkan jarak berhenti

Brek ABS dapat membantu memendekkan jarak berhenti motosikal dengan signifikan. Bukan itu sahaja, penunggang juga boleh menunggang dan membrek dengan lebih yakin.

Bergantung kepada motosikal, penunggang boleh tahu ABS berfungsi melalui rasa denyutan pada tuil brek tangan dan kaki, selain dengar bunyi brek dicengkam.

bosch-motorcycle-abs-2016-mekanika-7

  1. Kajian membuktikan keberkesanan brek ABS

Menurut Majlis Keselamatan Pengangkutan Eropah (ETSC), risiko penunggang berdepan kemalangan maut adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding pemandu kereta.

Kajian oleh Pentadbiran Jalan Raya Sweden “Vagverket” pada tahun 2009 mengesahkan bahawa ABS boleh menghalan kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan sehingga 38 peratus dan 48 peratus kecederaan serits serta kematian.

Satu siasatan yang dijalankan oleh Bosch berdasarkan kepada pangkalan data Kemalangan Jerma (GIDAS) mendapati satu perempat kemalangan boleh dielakkanjika ASB dipasang sebagai ciri standard. Manakala satu pertiga daripada kemalangan itu akan jadi kurang serius jika ABS digunakan.

Kadar kemalangan maut adalah 31 peratus lebih rendah untuk motosikal yang dilengkapi brek ABS berbanding model sama yang tiada ABS – Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya AS, 2013.

bosch-motorcycle-abs-2016-mekanika-1

  1. Anda tidak perlukan latihan tambahan menunggang motosikal dengan ABS

Dalam kondisi normal, motosikal yang dilengkapi ABS beroperasi sama seperti model yang tiada ABS. Namun begitu, adalah lebih baik jika penunggang faham bagaimana ABS motosikal mereka berfungsi. Jadi, tidaklah gelabah tidak tentu pasal nanti.

  1. ABS tidak boleh dipasang sendiri oleh pengguna

Buat apa nak susahkan diri untuk beli brek ABS dan pasang pada orimoto anda? Bukankah lebih mudah dan selamat jika beli sahaja motosikal yang sudah dilengkapi brek ABS?

Sudah tentulah pengeluar motosikal telah menjalankan ujian dan pemeriksaan demi memastikan brek ABS itu dapat berfungsi dengan sebaiknya dan selamat.

bosch-motorcycle-abs-2016-mekanika-2

  1. Brek ABS tidak menjejaskan prestasi motosikal

Berbanding 10 tahun lalu, teknologi brek ABS sudah mengalami revolusi dan penambahbaikan. Jika dahulu beratnya mencecah 4.5kg, kini brek ABS hanya seberat 0.45kg.

Jadi, brek ABS tidak akan menjejaskan prestasi sesebuah motosikal. Malah membuatkan ciri keselamatan motosikal anda lebih lengkap.

Banyak juga video yang menunjukkan keberkesanan brek ABS pada motosikal di YouTube. Apa kata kita layan yang ini dulu..

Tags
Google ads
Back to top button