Buletin

TOYOTA MASUK PASARAN EV DI THAILAND, BZ4X JADI TARUHAN

Pada Februari lalu, kerajaan Thailand telah memperkenalkan subsidi sehingga 150,000 baht (RM19,000) bagi setiap pembelian kenderaan elektrik (EV).

Kesempatan tersebut diambil oleh Toyota Motor untuk menawarkan EV secara besar-besaran buat pertama kali di Thailand. Sebagai permulaan, Toyota mempertaruhkan EV pertamanya iaitu bZ4x.

Untuk pasaran Thailand, jentera berkenaan akan tersedia dengan pilihan enam warna. Konfigurasi lain bZ4x adalah ia mampu bergerak sehingga 400km dengan sekali cas, sekali gus meletakkannya dalam kelas kereta elektrik dengan jarak antara yang paling jauh.

Meskipun Toyota ialah syarikat kereta terbesar di Thailand dengan jualan lebih 240,000 unit kenderaan pada 2021, namun ia tetap mendapat saingan hebat daripada EV jenama China yang lebih mampu milik.

Dengan Bz4X, Toyota berharap mereka mampu untuk kekal di puncak carta jualan EV.

Google ads
Back to top button