Buletin

A VOLVO MADE FOR YOU SHOWCASE TAWAR PELUANG EKSKLUSIF – VOLVO C40 DAN XC40 RECHARGE PURE BOLEH DIREKA IKUT CITARASA PERIBADI

Volvo Car Malaysia menawarkan peluang eksklusif kepada anda menerusi acara A Volvo Made for You showcase, yang akan diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur, dari 9 hingga 11 Ogos 2024.

Para pengunjung bakal disajikan dengan model Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric yang direka khas mengikut cita rasa dan keperibadian pemilik.

Menarik, bukan? Sudah tentu, sebagai pengguna kita menginginkan kereta yang mencerminkan personaliti, maka dengan itu Volvo menawarkan peluang kepada anda untuk mentransformasikan kenderaan mengikut citarasa dan karakter peribadi.

Ketika showcase A Volvo Made for You, pelanggan yang membeli Volvo C40 atau XC40 Recharge Pure Electric yang baru boleh memilih daripada tawaran eksklusif berikut:

  • Tawaran tambahan disamping tawaran sedia ada bulan Ogos, iaitu rebat sebanyak RM25,000
  • Pakej aksesori ‘Made for You’ Volvo bernilai RM43,000

Rebuti peluang ini di Sentul Depot ataupun di semua bilik pameran Volvo di luar Lembah Klang.

Tambahan pula, kepada yang membeli Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, mereka bakal menerima Bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun, Bantuan khidmat digital selama 5 tahun, Bantuan tepi jalan 24 jam percuma selama 5 tahun, Waranti kenderaan selama 5 tahun serta Waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,000 km (mana yang terdahulu).

Pelanggan yang memilih pakej aksesori percuma bernilai RM43,000 akan menerima:

  • Running boards
  • Kit hubcap
  • Rim dan tayar 20-inci
  • Tailgate scuff plate
  • Cermin pandang belakang digital

Pakej ‘Made for You’ Volvo ini direka khas untuk meningkatkan penampilan dan kepraktisan model C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, sesuai untuk kegunaan di bandar serta pengembaraan jarak jauh.

Sorotan acara ini adalah empat kereta utama yang dipamerkan akan menampilkan balutan vinil khusus – memberikan rupa Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric untuk pelbagai persona pemilik:

Rekaan ‘All-Black’

  • Balutan matte hitam penuh pada badan
  • Rim dan trim pintu hitam
  • Aksen krom dan hitam pada lencana Iron Mark serta logo jenama Volvo
  • Hasil: reka bentuk lebih garang namun anggun, dipadankan bersama lampu ‘Thor’s Hammer’ dan lampu belakang berlekuk.

Rekaan ‘Trendsetter’

  • Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam warna biru yacht, tampil lebih feminin
  • Volvo XC40 Recharge Pure Electric dengan seni rekaan yang menggambarkan friluftsliv – melambangkan kepelbagaian XC40.
  • Doodle khusus ini juga menampilkan rusa kecil di semua sisi, merujuk kepada populasi rusa yang padat di Sweden.

Selain model elektrik sepenuhnya Volvo, pengunjung juga boleh meneroka tawaran pada rangkaian kereta plug-in hybrid (PHEV) termasuk Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge.

Tambahan, pelbagai pilihan kereta Volvo SELEKT, kereta terpakai berkualiti dengan waranti dan pemeriksaan penuh oleh Volvo Car Malaysia turut akan dipamerkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menemui sebuah Volvo yang benar-benar dibuat serta memenuhi citarasa anda dan boleh pra-daftar untuk acara ini bagu menikmati perkhidmatan peribadi semasa ketibaan.

Tandakan tarikh di kalendar dan sertai acara A Volvo Made for You showcase dari 9 hingga 11 Ogos di Sentul Depot.

Untuk maklumat lanjut dan pra-daftar, lawati.

GALERI:

Google ads
Back to top button