Motosikal

AGOSTINI MV AGUSTA DILELONG – JANGKA TERIMA BIDAAN MELEBIHI RM955,800!

Sebuah replika motosikal lumba bakal dilelong di Itali bulan depan. Apa yang menarik perhatian ialah jentera yang dikenali sebagai Agostini MV Agusta itu dijangka menerima bidaan di antara €200,000 (RM955,800) hingga €250,000 (RM1.2 juta).

Ia merupakan sebuah motosikal unik yang dibina hasil kerjasama di antara MV Agusta dan Giacomo Agostini. Untuk makluman, kolaborasi dua nama itu membawa kepada tujuh kejayaan gelaran Juara Dunia untuk perlumbaan kategori 500cc.

Untuk meraikan kejayaan tersebut, pasukan jurutera adal HRT menghasilkan replika yang hampir sama dengan jentera lumba tahun 1972. Binaannya sangat halus sehinggakan Agostini pun mahu memilikinya. Inilah motosikal yang dimaksudkan, lengkap dengan tandatangan Agostini pada bahagian fairingnya.

Dibina di atas jentera 500 GP yang asal, model 500 ini menjadi replika terbaik mesin perlumbaan. Untuk memberi pengalaman seperti mengendali sebuah motosikal lumba, ia menggunakan fork Ceriani dan brek gelendong bersaiz 230mm pada roda hadapan.

Perincian lain termasuklah tempat yang dihasil menggunakan acuan gantian kaca, kemasan kusyen kulit dan rim lidi Borrani bersaiz 18 inci. Sementara naik taraf komponen moden merangkumi tayar Avon dan karburator Dell’orto.

Lengkap dengan surat pemilikan daripada Agostini, ini adalah peluang untuk golongan berduit menunggang salah sebuah motosikal lagenda masa silam. Motosikal ini merupakan enam model tribut terakhir Juara Dunia Agostini.

BACA: “KAMI TAK ADA DUIT NAK BUAT SPORTBIKE BAHARU” – MV AGUSTA

kredit foto: RM Auction

Google ads
Back to top button