Motosikal

APRILIA RSV4 RF EDISI TERHAD – MOTOSIKAL PRODUKSI PERTAMA DIPASANG WINGLET FAIRING, 125 UNIT SAHAJA!

Aprilia nampaknya mahu membawakan jentera lumba lebih hampir kepada pengguna apabila memperkenalkan model Aprilia RSV4 RF LE (Edisi Terhad).

Dilancarkan pada acara MotoGP di Circuit of Americas, Austin, ia diperkenalkan oleh pelumba pasukan Gresini Racing, Aleix Espargaro dan Scott Redding.

Dikhususkan kepada pasaran Amerika Syarikat dan Kanada sahaja, hanya 125 unit jentera itu bakal diproduksi. Ditawarkan pada harga AS$24,499 (RM95,500) seunit, ia bakal berada di pengedar Aprilia pada lewat bulan depan.

Apa yang menarik tentang motosikal ini? Selain dihiasi dengan livery yang diinspirasikan daripada model prototaip MotoGP RS-GP, ia juga dilengkapi aero winglet pada fairing nya.

Harus tahu bahawa Aprilia RSV4 RF LE merupakan model produksi pertama yang dipasang dengan aero winglet di dunia.

Komponen itu didakwa membolehkan jentera itu berada dalam keadaan stabil walaupun ditunggang pada kelajuan melebihi 281km/j di laluan lurus.

Aprilia RSV4 RF LE yang dibangunkan oleh Aprilia Racing itu menggunakan khidmat enjin V4 bersesaran 1,000cc berkuasa 201hp.

Bagi menjadikannya lebih eksklusif, logo “Limited Edition” dan nombor unit ditulis menggunakan lazer pada plat stereng.

GALERI 

Google ads
Back to top button