Motosikal

ARAI PERKENAL REPLIKA CORSAIR-X NICKY HAYDEN

Pembuat topi keledar terkemuka dari Jepun, Arai baru-baru ini memperkenalkan helmet replika bagi mengingati pelumba kelahiran Amerika Syarikat (AS), Nicky Hayden.

Sedia maklum bahawa Arai bekerjasama dengan Hayden sejak beliau menjadi pelumba amatur lagi, hinggalah profesional. Menurut Arai dan keluarga Hayden, rangkaian topi keledar replika itu

“Nicky sangat bangga dengan kolaborasi bersama Arai. Dia juga memberi banyak input dan masa untuk menghasilkan rekaannya. Jadi, sebagai keluarga, kami rasa memang wajar jika topi keledar replika Nicky terus dihasilkan untuk menghidupkan legasinya, terutama buat semua peminatnya,” kata Tommy Hayden.

Replika kali ini dihasil menggunakan model tertinggi Arai Corsair-X. Grafik Nicky-7 berasaskan kepada rekaan Starline yang digunakan oleh pelumba kelahiran Kentucky, AS  itu dalam perlumbaan Kejohanan Superbike Dunia 2017.   

Mendapat kelulusan daripada Snell 2015 dan DOT, Arai Corsair-X Nicky-7 didatangkan dalam saiz XS hingga XXL. Ditawarkan pada harga $979.95 (RM3,995) seunit, ia turut hadir dengan ciri Pinlock anti-kabus.

Selain replika Nickey Hayden, rangkaian topi keledar replika Arai itu juga merangkumi beberapa pelumba lain seperti Maverick Viñales, Mick Doohan dan Shinya Nakano. 

Untuk rekod, Hayden maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika menunggang basikal di Rimini, Itali, Mei lalu.

Selain pernah dinobat sebagai juara MotoGP, antara pencapaian terbaik Hayden ialah menjuarai US Superbike 2002 pada usia 20 tahun dengan mengalahkan pelumba lebih berpengalaman, Mat Mladin.

Google ads
Back to top button