Artikel Pilihan

KING OF THE KING – MR MYVI BOON X4

Percaya tak. Golongan yang betul-betul main Myvi ni bukanlah di kalangan mereka yang mentah, acah-acah laju atau suka cari pasal. Tapi melibatkan remaja bangka yang menjadikan konsep JDM sebagai paksi pegangan mereka. Cerewet jangan citerlah, siap ikut katalog bagai. Hanya komponen terbaik saja yang akan dipilih, untuk digunakan pada kereta masing-masing.

Nak kata mahal sangat pun tak jugak. Ada tu cuma ratus-ratus jer. Tapi bila namanya limited teruk, sesetengah darinya mampu dijual pada harga yang tak masuk akal. Kalau lips depan pun boleh cecah riban-riban, kau rasa?

BACA: NI MYVI KE PASSO RACY?

Myvi warna ungu milik Joy ni, antara contoh yang dimaksudkan. Walaupun sudah kaya dan berjaya, beliau masih lagi asyik bergelumang dengan model feminin ini. Minat katanya, kawan pun ramai.

Seperti yang dapat kita lihat, kecantikan bahagian luaran disumbangkan oleh kit badan lengkap Daihatsu Boon X4, sebelum dihias komponen tambahan lain. Antaranya panel bumper Modellista, lining pintu krom, serta rangkaian aksesori terpilih dari jenama D Sport.

Pengendalian kereta menjadi sangat mantap, lepas dipasangkan dengan set suspensi Cusco, lengkap bersama bar pengukuh casis Cusco dan D Sport. Rim Volk Racing CE28CR Hyper Green Limited dengan nut dan penutup tengah Rays Engineering tu sebenarnya dibeli baru, sebelum digabungkan bersama tayar Toyo Proxes T1R bersaiz 195/50R-16.

Bagi memastikan kuasa hentian yang padu, sistem brek dilengkapi kaliper 4-pot dari Outlaw untuk bahagian depan.

BACA: KUASA BOON X4 OREN

Untuk kereta seindah Taman Astakona seperti ini, peningkatan kuasa bukanlah misi utama. Enjin memang dah tukar pakai K3-VET Daihatsu YRV. Cuma tidak dibuat, untuk bergerak selaju kilat.

Kotak gear pun auto lah. Yang Joy tambah hanyalah injap pelepas HKS SSQV, regulator Arospeed, radiator aloi D Sport, serta penstabil voltan Hot Inazma Hyper.

Seperti konsep salinan JDM yang lain, bahagian dalam akan disepahkan dengan macam-macam komponen terpilih. Keseluruhan komponen utama seperti papan pemuka, panel pintu dan tempat duduk belakang diambil dari Boon X4.

Manakala tempat duduk pemandu mengandungi Recaro SR6 yang masih pejal. Rangkaian aksesori lain termasuklah panel karbon fiber Modellista, stereng Momo, cermin tengah dengan sistem Super Cat, sensor lampu automatik, meter tambahan Defi, unit SAFCII Imamura dan RSM Apexi, serta sistem audio lengkap dari Kenwood.

BACA: INI KISAH MYVI PASSO BLUE RACY

Satu perkara menarik yang terdapat pada kereta ini ialah, penggunaan tempat duduk Welcab di bahagian penumpang. Ia boleh dihala keluar menggunakan alat kawalan jauh dan memang direka khas untuk membantu golongan kurang upaya menaiki kereta dengan mudah. Dapat kat page politik, teknologi anak tempatan katanya. Tak payah susah-susah. Sedia RM4K, pasang skru, sambung wayar, dan boleh pakai!

Berbekalkan kasut sukan Club Racer Hyper Green Limited bernilai RM9K, Joy telah memenangi kategori Best Sport Rim dalam acara KL Mega Gath yang berlangsung baru-baru ini. Pedih ke? Sesungguhnya kebenaran tidak pernah menangis, kecuali ketika memotong bawang…

Spesifikasi

Pemilik                        Hapidzul Hapiz (Joy)

Pengeluar                    Perodua

Model                          Myvi

Tahun                          2010

Enjin asal                    K3-VE

Modifikasi Enjin         K3-VET Daihatsu YRV, injap pelepas HKS SSQV, regulator Arospeed, radiator aloi D Sport, penstabil voltan Hot Inazma Hyper

Transmisi                    Kotak gear automatik Passo Sport M

Ekzos                          D Sport

Luaran                         Kit badan Daihatsu Boon X4, panel bumper Modellista, lining pintu krom, aksesori D Sport

Suspensi                      Set suspensi Cusco, bar pengukuh casis Cusco & D Sport

Brek                            Kaliper 4-pot Outlaw (depan)

Rim & Tayar               Volk Racing CE28CR Hyper Green Limited 16-inci & Toyo Proxes T1R 195/50R-16

Dalaman                      Papan pemuka, panel pintu & tempat duduk belakang Daihatsu Boon X4, tempat duduk Recaro SR6 & Passo Welcab, panel karbon fiber Modellista, stereng Momo, cermin tengah Super Cat, sensor lampu automatik, meter Defi, SAFCII Imamura & RSM Apexi, sistem audio Kenwood

Bengkel                       Tiupan Sangkakala & Tora Tora Motorsports, Shah Alam

-PAK MAUN-

GALERI

 

 

 

 

Google ads
Back to top button