AUSTRALIA BAKAL TERIMA LEBIH BANYAK PILIHAN EV PEMANDUAN KANAN
Perkembangan kenderaan elektrik kini semakin diterima oleh pengguna terutama dalam mencapai neutraliti karbon selain mendapat pelbagai faedah dari pembelian EV.
Maka dengan itu, pengeluar kereta EV tidak hanya menjual kenderaan mereka pada pasaran besar seperti China, Eropah atau Amerika Syarikat, tetapi fokus juga tertumpu pada pasaran Asia Tenggara atau Australia.
Di Australia, misalnya, pembuat EV mengatur strategi bagi pasaran sekitarnya termasuk menubuhkan kilang pembuatan kenderaan elektrik pacuan kanan.
Baru-baru ini, GAC Aion, anak syarikat EV GAC Group, sedang meninjau untuk menubuhkan kilang pembuatan di Thailand.
Selain itu, GAC Aion telah menandatangani memorandum kerjasama dengan kumpulan pengedar Thai sebagai langkah memulakan pengembangan antarabangsa.
Ini menarik kerana Thailand adalah satu lagi pasaran pemanduan kanan dan kebanyakan model ICE paling popular yang dijual di Australia kini dibina di Thailand, termasuk Ford Ranger sertaToyota Hilux.
Menurut data Federal Chamber of Automotive Industries (FCAI) Mei 2023, kenderaan buatan Thailand menyumbang hampir 20 peratus daripada semua kenderaan yang dijual di Australia pada bulan tersebut.
Sisi positif lain, EV pemanduan kanan keluaran Thailand akan diterima dengan baik kerana ia mampu mengisi jurang kekurangan pilihan selain, ia bakal menawarkan harga lebih murah.
Pada masa ini tidak jelas sama ada GAC Aion merancang untuk mengeksport kereta elektrik buatan Thai ke pasaran lain tetapi ia masuk akal dari perspektif pengembangan antarabangsa.
Untuk rekod, jenama itu secara purata berjaya menjual lebih 40,000 EV sebulan, meletakkannya di tempat kedua di belakang BYD.
Jenama itu mempunyai rancangan untuk menghasilkan serta menjual lebih 500,000 EV pada 2023 dan dilancarkan di pelbagai pasaran antarabangsa baharu.
BYD, jenama EV terlaris kedua di Australia, turut membina sebuah kilang pemanduan kanan di negara Australia dan dijangka mengeluarkan EV menjelang 2024.
- BACA: TOYOTA GR86 SPESIFIKASI LUMBA DARI AUSTRALIA, RM271 RIBU!
- BACA: PEMANDU TEKSI AUSTRALIA CAJ AUD486 KEPADA PELANGGAN UNTUK PERJALANAN 74 KM
- BACA: ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN HINGGA RM9000 JIKA MENGHALANG PETAK PENGECAS EV DI AUSTRALIA – BERAPI KAU MAHALNYA
- BACA: HILUX NO. 1 DI AUSTRALIA PADA 2022, TOYOTA KUASAI PASARAN SELAMA 2 DEKAD!