Motosikal

SUPERMOPED AVETA SVR180 KINI DI PASARAN. 16.8HP, 4 PILIHAN WARNA, BERMULA RM9,988 SAHAJA!

Tiada angin tiada ribut, Aveta Motor Malaysia melancarkan supermoped mereka ke pasaran tempatan. Dikenali sebagai Aveta SVR180, jentera berkenaan menggunakan enjin bersesaran 175cc yang mematuhi piawaian Euro4. 

Enjin empat lejang DOHC, silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair itu mampu menjana kuasa sehingga 16.8hp pada 8500rpm dan tork 15.5Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. 

Aveta SVR180 yang memeriahkan lagi pasaran kapcai berkuasa tinggi itu hadir dengan rekaan agresif. Ini dapat dlihat pada reka bentuk hadapan yang bergaris tajam, sepasang lampu utama LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED, paparan meter digital dan slot pengecasan pantas USB. 

Dinamik tunggangan disumbang oleh penggunaan suspensi jenis teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada jenis cakera depan belakang tanpa sistem ABS. Katanya, versi yang dilengkapi sistem brek ABS akan dilancarkan nanti. 

Moped itu menggunakan rim sports bersaiz 17 inci berwarna hitam berkilat. Manakala kapasiti tangki ialah 6.6 liter. Aveta SVR180 hadir dalam empat pilihan warna menarik iaitu hitam, biru, cyan dan merah. Jika berminat, kapcai ini boleh anda miliki pada harga bermula RM9,988 seunit.

Jika anda tempah hari ini, anda akan menerima motosikal dalam tempoh yang singkat kerana pihak Aveta Motor Malaysia ada stok yang mencukupi. 

GALERI

Google ads
Back to top button