Buletin

TOYOTA GRANVIA DI AUSTRALIA – DARI RM178K SAHAJA!

Toyota sudah mula memasarkan van mewah Granvia di pasaran terpilih dunia. Van yang diasaskan daripada Hiace ini sudah dipasarkan di Thailand dengan nama Majesty pada harga permulaan THB1,709 juta (RM234,081).

Selepas Thailand, Toyota memulakan jualan di Australia pada 10 Oktober 2019 dengan dua varian iaitu Granvia dan Granvia X. Berbanding Majesty di Thailand dengan 11 tempat duduk, pengguna di Australia ditawarkan pilihan enam atau lapan tempat duduk.

Toyota Majesty

Seperti yang kami laporkan sebelum ini Granvia memberi dimensi baharu di dalam segmen van premium selepas ia menggantikan Toyota Tarago atau lebih popular dikenali sebagai Estima.

Tarago mempunyai reputasi baik di Australia, mula dipasarkan di Australia sejak tahun 1983 sehingga generasi keempat dengan jualan sebanyak 104,229 unit.

Dari segi konfigurasi, Granvia dilengkapi empat kerusi kapten dan tambahan dua kerusi bench untuk model lapan kerusi.

Varian XV dilengkapi dua pintu gelungsur berkuasa dan sistem multimedia dengan sambungan Apple CarPlay®dan Android Auto™.

Kelengkapan lain ialah kemasan balutan kulit, monitor panoramik, cermin belakang digital dan 12 pembesar suara Pioneer®.

Dari segi keselamatan, Granvia dilengkapi sistem keselamatan pra-pelanggaran (PCS) dengan pengesanan penunggang basikal dan pejalan kaki pada waktu siang dan malam, kawalan jelajah aktif kelajuan tinggi dan pengesan tanda jalan.

Berikut ialah harga dan varian Toyota Granvia di Australia:

  • Granvia enam kerusi – AUD$62,990 (RM178,031)
  • Granvia lapan kerusi – AUD$64,990 (RM183,684)
  • Granvia VX enam kerusi – AUD$74,990 (RM211,947)
  • Granvia VX lapan kerusi – AUD$74,990 (RM211,947)

Tentang Granvia pasaran tempatan pula, masih terlalu awal untuk kami sahkan penjualannya. Jika ditawarkan kelak ia pasti menarik dan memberi perspektif baharu di celah-celah ribuan Alphard dan Vellfire.

BACA: TOYOTA GRANVIA DAN GRAND HIACE, VAN MEWAH SEBELUM ALPHARD/VELLFIRE

BACA: TOYOTA MAJESTY – VERSI MEWAH HIACE KINI DI THAILAND, BERMULA RM257K

BACA: ANDA MINAT MPV? TOYOTA ESTIMA INI BOLEH JADI KENDERAAN KELUARGA YANG MENARIK

Google ads
Back to top button