Artikel Pilihan

SUDIKAH ANDA MEMAKAI HELMET YANG PERNAH DIPAKAI OLEH AYRTON SENNA DENGAN KOS RM365,000?

SHARE

Lelongan automotif sememangnya tidak terhad kepada kereta atau jentera semata-mata. Banyak aksesori sampingan ataupun benda-benda yang menjadi sejarah akan menjadi buruan pengumpul di seluruh dunia. Pak Amid sendiri pun kalau dapat sekeping plat asli Camel Trophy jadilah. Nak beli Land Rover Discovery asli Camel Trophy memang agak mustahil.

Kalau anda memang berduit dan helmet mahal memang ada tempat di Malaysia sekarang ni, syarikat lelongan Bonham mungkin ada sesuatu yang memang menjadi minat anda pada lelongan di fesrival Goodwood bulan ini. Ia merupakan helmet Bell original yang pernah dipakai oleh lagenda Formula Satu dunia, Ayrton Senna.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Ini merupakan helmet khusus yang digunakan oleh beliau sewaktu sesi ujian pasukan Williams di litar Paul Ricard, selatan Perancis pada 2 Mac 1994. Ianya adalah dua bulan sebelum kemalangan tragis pelumba ini di San Marino.

BACA: HELMET HJC DEADPOOL – SEJUK KAN? [COOL RITE?]

 

Helmet berwarna kuning ini memang menjadi identiti Senna bertemakan bendera negara Brazil. Ia juga lengkap dengan sijil keaslian sesuai dengan status uniknya dan beg asal Bell yang original. Bonham menganggarkan helmet ini akan mampu terjual dengan harga RM356k berdasarkan keunikannya.

Bersama-sama dengan helmet Senna, syarikat tersebut juga bakal melelong dua lagi helmet vintaj. Satu helmet perlumbaan Herbert  Johnson kepunyaan Mike Hawthorn, juara F1 pertama UK tahun 1958 dan Le Mans 24-jam 1955. Satu lagi helmet adalah kepunyaan Juan Manuel Fangio dan keduanya dianggarkan bernilai RM64k dan RM182k setiap satu.

Kalau anda memang peminat Ayrton Senna dan terlepas lelongan sut perlumbaan beliau di Monaco bulan lepas, inilah masanya untuk mendapatkan cenderamata unik ini. Sut tersebut sahaja telah berjaya dilelong dengan harga RM182k. Jadi bayangkan betapa besar pengaruh nama Senna sehingga ke hari ini.

Tags
Google ads
Back to top button