Motosikal

BASTIANNI JUARA DI AMERIKA TAPI COMEBACK MARQUEZ CURI TUMPUAN

Pelumba Itali, Enea Bastianini memenangi perlumbaan MotoGP keduanya musim ini di Circuit of the Americas (COTA) seterusnya menguasai kejuaraan dunia.

Pelumba berusia 24 tahun itu memintas pelumba Ducati dan pendahulu sebelum ini Jack Miller ketika baki lima pusingan untuk menambah gelaran kejuaraan kelas elit selepas menang perlumbaan pembukaan di Qatar.

Sementara pelumba Australia itu satu ketika mendahului permulaan menamatkan saingan di tempat ketiga dan Alex Rins, juara di Texas pada 2019 di kedudukan kedua.

“Ia adalah hari yang hebat. Tunggang Miller hebat pada awal perlumbaan dan kemudiannya saya rasa saya perlu terus berusaha keras, saya memecut seperti gila dan akhirnya saya menang.

“Menang di sini di Amerika sangat hebat. Sekarang kami boleh makan burger.

Juara enam kali MotoGp Marc Marquez membuktikan dia masih berbisa apabila berada di atas litar dengan berdepan masalah teknikal pada permulaan perlumbaan.

Biarpun Marquez tergelincir sehingga kedudukan terakhir, ‘king of COTA’ memukau penonton dengan tunggangan bertenaga.

Satu persatu pelumba berjaya ditinggalkan untuk meraih kedudukan keenam pada perlumbaan berkenaan. –crash

Google ads
Back to top button