Motosikal

HONDA LANCAR CLICK 160 DI PASARAN THAILAND. HARGA BERMULA RM8,000

ASEAN merupakan antara pasaran motosikal terbesar di dunia.

Bahkan, jenama Honda menjual jutaan unit skuter di pasaran terbabit setiap tahun menjadikannya antara penyumbang utama pengeluar Jepun tersebut.

Terbaharu, Honda memperkenalkan Honda Click 160 di pasaran Thailand pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2022.

Motosikal terbaharu itu menawarkan dua varian iaitu standard dan ABS dengan dijual pada harga bermula kira-kira AS$1,895 (RM8,000).

Varian standard didatangkan dengan tiga warna pilihan hitam, hitam-putih dan merah-hitam dipadankan rim aloi berwarna hitam.

Bagi ABS pula, terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih-hitam dengan rim aloi emas.

Honda Click 160 dibangunkan platform Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat (eSAF) dalam memastikan ia lebih ringan, tahan lasak serta membantu meningkatkan pengendalian jentera.

Motosikal terbaharu itu turut menampilkan rekaan lebih sporty dan bergaya dipadankan lampu utama LED penuh.

Ia dilengkapi ruang simpanan bawah tempat duduk dengan kapasiti 18 liter, sistem kawalan kunci pintar, panel meter digital dan port pengecas USB.

Honda Click 160 mendapat khidmat enjin empat lejang empat injap silinder tunggal 156.9 cc SOHC eSP+ penyejukan cecair dengan sistem bahan api (FI).

Skuter terbaharu berkenaan mampu menjana kuasa 15 hp @ 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm @ 7,000 rpm dipadankan transmisi automatic CVT.  –rideapart/thaihonda

Google ads
Back to top button