Motosikal

BIMS 2018: HONDA FORZA 300 UNTUK THAILAND – TIADA DALAM SENARAI PRODUK BOON SIEW HONDA

AP Honda Co. Ltd. dilihat terus berusaha memenuhi selera peminat skuter di Thailand apabila memperkenalkan Honda Forza 300 serba baharu pada acara Bangkok International Motor Show (BIMS 2018) semalam.

Forza 300 sudahpun berada di pasaran Thailand dengan harga anggaran sekitar  ฿169,000 (RM21,028) seunit.

Skuter maxi tersebut menawarkan reka bentuk mewah dengan keupayaan tunggangan di kawasan bandar yang fleksibel dan berprestasi.

Jentera tersebut digerakkan oleh enjin bersesaran 279cc dengan kuasa 25hp dan tork tork 27.2Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang melalui transmisi V-Belt.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Forza 300 dipasang dengan sistem brek anti-kunci ABS pada kedua-dua rodanya. Rim bersaiz 15 inci di hadapan dan 14 inci dibelakang dibalut dengan tayar Pirelli.

Keselesaan tunggangan dijamin oleh sistem suspensi yang terdiri daripada fork teleskopik di depan dan penyerap hentak berkembar di belakang.

Sebagai sebuah model premium, imej mewah Forza 300 diserlahkan menerusi lampu utama, lampu isyarat membelok dan lampu belakang LED. Lebih menarik lagi, penghadang angin boleh dilaras secara elektrik.

Buka sahaja tempat duduk, ruang penyimpanan barang yang mampu mengisi dua helmet separuh muka dan soket pengecas peranti sedia untuk digunakan.

Dengan berat 183kg, pelananya adalah 780mm boleh dikatakan agak tinggi untuk penunggang Asean. Namun saiz dimensi panjang (2,142mm), lebar (754mm) dan tinggi (1,471mm) dengan jarak kelegaan tanah 1,510mm membuatkan skuter ini masih mudah ditunggang meredah kesibukan lalu lintas di bandar.

Jika anda peminat skuter, anda mungkin kecewa kerana model ini tiada dalam senarai produk baharu Boon Siew Honda tahun ini untuk pasaran Malaysia.

GALERI 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button