Pandu Uji

BMW 2 SERIES GRAN TOURER – RM279,800

Diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia baru-baru ini, BMW 2 Series Gran Tourer adalah lebih luas berbanding BMW 2 Series Active Tourer serba baharu.

BMW-220i-Gran-Tourer -2015-mekanika (10)

Garis bumbung yang tinggi membolehkan penumpang duduk dengan selesa. Selain memberikan pandangan keseluruhan lebih baik serta memudahkan urusan keluar masuk dari kenderaan. Posisi tempat duduk pemandu juga ditinggikan sedikit untuk memberi rasa kawalan yang lebih baik.

Saiz kabinnya yang luas untuk tujuh orang penumpang itu memberikan lebih versatiliti bagi menjadikannya sebuah kereta keluarga yang ideal. Tempat duduk belakang boleh dilipat dengan konfigurasi 40/60 untuk memberi lebih ruang kaki kepada penumpang atau ruang kargo tambahan.

BMW-220i-Gran-Tourer -2015-mekanika (3)

Penyandar tempat duduk belakang yang boleh dilipat pada konfigurasi 40/20/40 menawarkan fleksibiliti apabila hendak mengangkut barang. Bukan itu sahaja, penyandar tempat duduk penumpang hadapan boleh dilipat bagi membenarkan pemandu mengangkut barang yang panjangnya mencecah 2.6 meter.

Keluasan kenderaan ini juga hadir dalam bentuk ruang kompartmen barang berkapasiti 645 hingga 805 liter. Ia boleh mencapai ruang maksimum seluas 1,905 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya. Tempat duduk baris kedua pula menawarkan ruang untuk tiga kerusi bayi, sementara dua lagi kerusi bayi boleh dipasang pada tempat duduk baris ketiga.

BMW-220i-Gran-Tourer -2015-mekanika (18)

Di sebalik ruang dalaman yang luas, bahagian hadapan BMW 2 Series Gran Tourer  tetap tampil sporty dengan cermin utama yang rendah dan bonet tinggi. Ia juga membawa tiga ikon BMW – gril kidney berkembar, dua lampu utama berbentuk bulat dan logo BMW.

Sementara lampu utama LED dengan gegelung lampu nyalaan siang (DRL) yang menjadi signatur kepada BMW ditawarkan sebagai salah satu ciri naik taraf daripada lampu DRL LED standard sebelum ini.

BMW-220i-Gran-Tourer -2015-mekanika (15)

Di bahagian belakang, ciri-ciri lain termasuklah lampu berbentuk L dengan jalur lampu LED serta “Aeroblades” aerodinamik yang dipasang pada tiang D. Ia membantu mengurangkan pekali  seretan dan membuatkannya kelihatan lebih sporty.

BMW 2 Series Gran Tourer dikuasakan oleh enjin dengan teknologi terbaharu BMW TwinPower Turbo. Ia berupaya menjana kuasa mencecah 192hp dan tork puncak 280Nm. Dipadankan dengan kotak gear transmisi lapan kelajuan automatik, pecutan dari 0-100km/j dapat dilakukan dalam masa 7.7 saat sahaja.

SONY DSC

MPV premium ini dilengkapi sistem pacuan roda hadapan termaju yang mampu menawarkan tahap dinamik lebih baik. Antara ciri standard lain ialah stereng elektromekanikal dan sistem-sistem kawalan chasis seperti Dynamic Stability Control (DSC) serta Dynamic Traction Control (DTC).

BMW 220i Gran Tourer turut menerima manfaat ciri-ciri BMW EfficientDynamics seperti mode ECO PRO, fungsi Auto Start-Stop, Brake Energy Regeneration, stereng elektrik dan sistem auxiliari.

BMW-220i-Gran-Tourer -2015-mekanika (5)

Sebagai satu ciri standard pada sistem infotainmen, BMW 220i Gran Tourer dilengkapi sistem operasi iDrive yang merangkumi iDrive Controller, paparan warna bersaiz 6.5 inci dan sistem navigasi.

Jentera ini hadir dalam warna putih, hitam, kelabu dan perak. Sementara warna biru dan perak (Platinum Silver) eksklusif untuk varian Luxury Line.

 

BMW-220i-Gran-Tourer -2015-mekanika (1)

Harga anggaran BMW 220i Gran Tourer (di atas jalan, tidak termasuk insurans bersama jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun dan program servis berjadual secara percuma BMW Malaysia) ialah RM279, 800 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button