Pandu Uji

BERMAZ TAWAR MAZDA3 SKYACTIV CKD

Setelah agak lama menunggu, pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor akhirnya memperkenalkan model Mazda3 SKYACTIV CKD.

Mazda3-SKYACTIV-CKD-mekanika (15)

Sebelum ini, jentera tersebut ditawarkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Jepun pada harga RM135,000 seunit selepas GST.

Mazda3 Mazda3 SKYACTIV CKD ditawarkan dalam tiga varian iaitu Sedan GL, Sedan High dan Hathcback. Dengan program CKD, harganya juga sedikit rendah. Anda boleh memiliki Sedan GL pada harga RM105,376 Sedan High (RM120,376) dan Hatchback berharga RM120,376 (harga di atas jalan tidak termasuk insurans).

Mazda3-SKYACTIV-CKD-mekanika (1)

Kesemua varian ini dikuasakan oleh unit enjin SKYACTIV-G petrol bersesaran 2.0 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 162hp @ 6,000rpm dan tork 210Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan SKYACTIV yang menawarkan pemanduan lancar dan penjimatan bahan api.

Mazda3-SKYACTIV-CKD-mekanika (13)

Bagi menjadikannya lebih bernilai untuk wang, Mazda3 SKYACTIV CKD dipasang dengan pelbagai ciri menarik. Antaranya termasuklah Heads-up Display, High Beam Control, Smart City Braking System dan Lane Departure Warning. Ciri untuk varian spesifikasi tinggi turut didatangkan dengan tempat duduk dibalut kulit, kemasan dalaman berwarna hitam dan rim bersaiz 18 inci.

Menggunakan rim dan tayar bersaiz sama dengan varian tertinggi, model hatchback bagaimana dipasang tempat duduk fabrik.

Mazda3-SKYACTIV-CKD-mekanika (6)

Mazda3 SKYACTIV CKD hadir bersama pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km. Ia didatangkan dalam empat warna iaitu putih, kelabu, perak dan biru. Kenapa tak ada warna merah? Huhu…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button