Motosikal

HONDA AIR BLADE

Sekali lagi, Honda tampil dengan skuter yang inovatif. Selepas model skuter maxi iaitu PCX1 150 diterima baik oleh penguna tempatan, pengedar motosikal jenama Honda di Malaysia, Boon Siew Honda menawarkan pula skuter Honda Air Blade.  Twins Projecter Headlights

Menjadi pesaing terbaharu salam segmen skuter berkapasiti 125cc, Air Blade hadir dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya. Sebagai contoh, ia merupakan skuter pertama dilengkapi lampu utama jenis projektor berkembar demi menawarkan pencahayaan lebih baik, terutama ketika menunggang pada waktu malam.

LED Backlight

Bahagian belakang pula menggunakan set lampu dengan butiran LED yang elegan. Lebih menarik lagi, skuter ini didatangkan dengan sistem kunci yang membolehkan pemilik mengesan lokasi skuter dengan lebih mudah melalui kerlipan lampu dan bunyi.

engine

Air Blade menggunakan khidmat enjin empat lejang silinder tunggal yang mesra alam. Enjin tersebut hadir bersama sistem Enhanced Smart Power (eSP) dan sistem pancitan bahan api PGM-FI yang berperanan meningkatkan prestasi dengan cara mengurangkan geseran.

RW side

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik V-Matic. Menurut Honda, transmisi itu menggunakan tali sawat V paling lasak dalam kelasnya dan mudah untuk diselenggara.

Sama seperti PCX 150, jentera itu dilengkapi ciri idling stop yang akan mematikan enjin sekiranya ia berhenti untuk meningkatkan tahap penjimatan minyak.

disc brake

Aspek keselamatan Air Blade dipertingkat menerusi sistem brek kombinasi. Berfungsi mengimbangi tekanan brek di  antara kedua-dua roda, ia membolehkan jentera diberhentikan dengan lebih efektif dan selamat. Bukan itu sahaja, antara ciri menarik Air Blade yang lain ialah ruang penyimpanan U-Box, sistem kuncil versatil, paparan LCD dan banyak lagi.  

U-box

Berminat? Air Blade ditawarkan pada harga  jualan asas RM7,708 seunit dengan pilihan warna putih, hitam  emas dan hitam perak.

[hr] Galeri

3quater side w shadow-RED-client3quater side w shadow-SILVER-clientexhaust pipefuelG sideHonda 23 July 2013_0216Honda 23 July 2013_0367 (1)idling stopkeylamp locktubing tyresVersatile Locksswitch legsexhaust pipe

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button