Motosikal

JENTERA X HONDA

Tokyo Motor Show 2015 menjadi lokasi penampilan motosikal touring Honda NC750X 2016.

6

Model berkenaan hadir dengan penambahbaikan dari segi penampilan dan pengendalian. Versi baharu kali ini didatangkan dengan lampu LED pada hadapan dan belakang. Malah, cermin angin kini lebih panjang 70mm bagi mengurangkan keletihan penunggang.

Honda menawarkan tiga mode pemanduan iaitu S1, S2, dan S3 hasil penggunaan transmisi klac berkembar (Dual Clutch Transmission,  DCT) bagi memenuhi pelbagai corak tunggangan.

honda-CB500X-CB750X-mekanika (5)

Ruang meletak topi keledar juga ditingkatkan kepada 22 liter. Malah penggunaan suspensi baru Showa memastikan keselesaan tunggangan meskipun permukaan jalan berubah.

Bicara soal prestasi, enjin  750cc itu mampu menghasilkan tenaga 50hp dan tork 68Nm. Honda juga menawarkan silencer lebih ringan bagi menghasilkan bunyi ekzos yang lebih dalam.

Sementara itu, Honda ada memperkenalkan model Honda CB500X. Kehadiran jentera itu menjadi pelengkap keluarga CB500 – CBR500R dan CB500F.

honda-CB500X-CB750X-mekanika (1)

Model 2016 itu dilengkapi cermin angin yang lebih tinggi 100mm, selain lampu LED di hadapan dan belakang. Suspensi hadapan CB500X pula menggunakan penyerap hentakan jenis pre-load adjustable plus.

Dijana enjin 2 silinder DOHC PGM-FI, CB500X mampu menghasilkan kuasa 35kW @ 8,500rpm dan 43Nm @ 7,000rpm. Kotak gear enam kelajuan membantu penghantaran kuasa yang lancar ke roda.

Jalur warna baharu yang dilekatkan pada  CB500X 2016 membuatkannya kelihatan lebih agresif.

honda-CB500X-CB750X-mekanika (4)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button