Buletin

BOS AIRASIA TAK AMBIL GAJI. PEKERJA SETUJU PEMOTONGAN SEHINGGA 75%

Pengasas AirAsia Group Bhd mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengambil gaji. Manakala semua kakitangannya bersetuju untuk memotong sehingga 75 peratus gaji mereka. 

Langkah itu diambil berikutan penularan wabak COVID-19 yang tidak menunjukkan sebarang petanda akan reda dalam masa terdekat. Sedia maklum, wabak itu memberi kesan yang sangat serius ke atas industri penerbangan di seluruh dunia. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Ferbabdes dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun mengakui tidak akan mengambil gaji sepanjang tempoh sukar ini. Sementara pemotongan gaji kakitangan daripada 15 hingga 75 peratsus bergantung kepada senioriti. 

Syarikat penerbangan itu kini tidak menjana sebarang pendapatan dan 96 peratus pesawatnya digantung. “Kami bagaimanapun masih mempunyai komitmen kewangan yang berterusan seperti pembekal bahan api dan agen-agen pajakan,” kata  

AirAsia juga dilapor tidak membuang mana-mana pekerjanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, AirAsia menggesa para pelanggan supaya mengambil tawaran kredit dan bukannya pemulangan wang untuk penerbangan yang telah dibatalkan. 

AirAsia telah menggantung hampir semua penerbangannya sejak Mac. Pesawat untuk penerbangan jauh, AirAsia X pula semuanya diparkir di hab Kuala Lumpur sehingga 31 Mei 2020. – Reuters

Google ads
Back to top button