Buletin

INTERNATIONAL RALLY OF JOHOR 2017 SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG

Dunia rali tanahair kembali meriah minggu ini apabila bermula tarikh 11hb – 13hb Ogos 2017 berlangsungnya International Rally of Johor 2017. Bertambah menarik, berlangsung serentak adalah pusingan kedua Malaysian Rally Championship (MRC) dan juga pusingan ketiga Asia Pacific Rally Championship (APRC) bagi musim 2017 ini. Sebagai makluman tambahan, pihak penganjur Wheel Sport Management Sdn Bhd telah pun membuat penjenamaan terhadap International Rally of Johor ini pada bulan Mei yang lalu dengan dirasmikan oleh Tunku Temenggong Johor, Y.A.M Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim.

BACA : RODUWAN RASHID JUARA MRC 2017 RALLY OF PERLIS

BACA : JOM KENALI SUTAN MUSTAFFA SALIHIN (SMS)

Malam tadi, telah berlangsungnya upacara pelepasan (flag off) sebanyak 29 buah kereta di Litar Johor yang dilepaskan sendiri oleh Tunku Temenggong Johor, Y.A.M Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim yang juga merupakan Penaung bagi acara ini. Sejajar dengan penjenamaan yang baharu, maka upacara pelepasannya turut berubah lokasi berbanding kelazimannya sebelum ini. Litar Johor telah dipilih sebagai menandakan ibu segala sukan permotoran harus bermula di tempat yang sewajarnya dan ianya boleh diberikan pujian buat penganjur dan juga kerajaan negeri serta pihak yang terbabit untuk memastikan penganjuran tahun kali ini lebih meriah dan setanding bagi acara rali yang bertaraf antarabangsa. Serentak berlangsung malam tadi adalah Super Special Stage, juga di Litar Johor.

Bagi saingan APCRC, persaingan menarik sudah tentulah diantara pasukan MRF sendiri yang membariskan Gaurav Gill dan juga Ole Christian Veiby, masing-masing memandu Skoda Fabia R5. Manakala kehadiran kereta Mitsubishi Mirage dari pasukan Mpart Sport yang diketuai Jari Ketomaa, Robert Blomberg dan tidak lupa juga pelumba handalan dari India, Sanjay Takale yang berubah pasukan dari Cusco Racing musim lalu. Untuk pasukan Cusco Racing pula, sudah tentulah pelumba handalan mereka yang masih muda, Mike Young menjadi taruhan di samping jentera Subaru Impreza beliau.

Untuk saingan MRC pula, pun tidak kurang sengit juga sebenarnya. Selaku pendahulu, Roduwan Rashid sudah tentu menjadi tumpuan utama sama ada mampukah beliau untuk muncul juara sekali lagi. Akan tetapi, kehadiran pelumba lagenda Karamjit Singh yang tampil memandu Proton Gen2 yang dibeli sendiri, pasti turut menjadi tumpuan bagaimanakah kemampuan jentera Gen2 tersebut untuk bersaing secara kompetetif yang khabarnya sudah enam tahun berhibernasi. Tidak lupa juga kepada satu lagi pasukan tempatan MRU Motorsport yang masih aktif berlumba dengan prinsipal pasukan Rafiq Udhaya bersaing dengan Subaru Impreza beliau.

Dan MRC kali ini turut diserikan dengan kehadiran kembali pelumba wanita, Gina Finanza bersama kekasih baharu beliau, Proton Saga A/B. Dan clash agaknya dengan kekasih lama beliau, Proton Satria enjin diesel sebelum ini. Jadi, buat pembaca semua yang berada di sekitar Johor, bolehlah berkunjung ke perkarangan Litar Johor dan juga litar ladang sawit, Tai Tak yang khabarnya menjanjikan laluan yang cukup mencabar buat semua pelumba.

Keputusan SS1 : MRC & APRC

1 Abhilash PG IND RC2 Subaru Impreza 00:03:16.7
2 Karamjit Singh MYS P12 Proton Gen2 00:03:22.1
3 Mohd Rafizal Md Rashid MYS P12 Proton Satria 00:03:38.2

1 Gaurav Gill IND RC2 Skoda Fabia R5 00:02:51.8
2 Ole Christian Veiby NOR RC2 Skoda Fabia R5 00:02:53.1
3 Jari Ketomaa FIN RC2 Mitsubishi Mirage 00:03:02.1

Sumber : MalaysianRally

Google ads

B K

Back to top button