
BYD RASMI BUKA BILIK PAMERAN BAHARU DI ALOR SETAR
BYD baru-baru ini melancarkan bilik pameran baharu di Alor Setar melalui Hong Thai Motor Trading Sdn. Bhd.
Bilik pameran baharu berkenaan menyediakan akses lebih mudah kepada pelanggan terutamanya di kawasan Alor Setar dan sekitarnya.
Tambahnya, bilik pameran baharu itu beroperasi sebagai pusat servis 3S yang komprehensif, menawarkan bantuan jualan, servis, serta alat ganti kepada pelanggan.

Dilengkapi dengan lima ruang servis serta kakitangan bertauliah, ia diharap dapat meningkatkan kemudahan kepada bakal dan pemilik BYD EV sedia ada untuk perkhidmatan serta penyelenggaraan lebih cekap.
Untuk rekod, BYD kini mempunyai 12 bilik pameran di seluruh Malaysia.
Selain itu, bilik pameran turut menampilkan model baharu seperti BYD ATTO 3 dan BYD DOLPHIN bagi membolehkan bakal pembeli melihat lebih dekat kenderaan elektrik yang ditawarkan jenama itu.
Terletak di No 222, Lot 89, Fasa II, Perusahaan Mergong, Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan Mergong Ii, 05150 Alor Setar, Kedah, bilik pameran tersebut di buka setiap hari dari pukul 8.30 pagi- 6.30 petang sementara, pusat servis pula beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, bermula 8.00 pagi – 5.30 petang.
- BACA: BYD SEAGULL. EV COMEL YANG MUNGKIN TIDAK AKAN SAMPAI KE MALAYSIA
- BACA: KIA LANCAR EV5 DI CHENGDU MOTOR SHOW, GUNA BATERI LFP BLADE BYD, 215HP
- BACA: MEMASUKI DI PASARAN THAILAND HANYA KHABAR ANGIN, FOKUS PELABURAN DI MALAYSIA – GEELY
- BACA: INDONESIA ATASI THAILAND DAN MALAYSIA, CATAT REKOD JUALAN KERETA LEBIH 500,OOO UNIT







