
HARLEY-DAVIDSON JALIN KERJASAMA DENGAN AQUAMAN HASILKAN KOLEKSI PAKAIAN
Harley-Davidson dan pelakon terkenal, Jason Mamoa baru-baru ini melancarkan koleksi pakaian yang dikenali sebagai Harley-Davidson Museum X Jason Momoa Collection.
Koleksi tersebut direka khas bersama Mamoa yang menggabungkan minat mendalamnya terhadap jentera Harley-Davidson. “Koleksi ini sangat personal buat saya, misalnya imej 56 Panhead yang merupakan motosikal pertama saya. Selain elemen-elemen Aloha yang unik. Saya harap ramai yang akan menyukainya,” kata pelakon filem Aquaman itu.

Harley-Davidson Museum X Jason Momoa Collection diinspirasikan kepada imej vintaj. Ia menampilkan rekaan dan gayaan ikonik Harley serta memberi tribute kepada wairsan Polynesian Mamoa.
Setiap helai pakaian itu menceritakan kisah berbeza dan semangat perjalanan. Dihasilkan di Amerika, koleksi berkenaan hadir dalam 16 item yang terdiri daripada jersi perlumbaan, kemeja-t, kemeja, jaket kulit dan bandana.
Memandangkan kuantiti yang terhad, ia hanya dijual secara eksklusif menerusi H-D Museum di Milwaukee. Pelanggan juga boleh membeli secara dalam talian di pautan INI.
- BACA: HARLEY DAVIDSON KIBAR BENDERA PUTIH DI INDIA
- BACA: HARLEY DAVIDSON 1972 KENA REMBAT 4 TAHUN LALU. PULANG SEMULA PADA PEMILIK ASAL
- BACA: HARLEY-DAVIDSON LANCAR PROGRAM MOTOSIKAL TERPAKAI. MAHU TARIK MINAT PELANGGAN MUDA, TINGKATKAN KESETIAAN JENAMA
- BACA: PENGEDAR HARLEY DAVIDSON NAK BAGI MOTOSIKAL PERCUMA
GALERI