
CARLOS GHOSN DIDAKWA SALAH GUNA DUIT RENAULT UNTUK BELI SKUTER
Bekas Pengerusi Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Carlos Ghosn didakwa menggunakan wang Renault sebanyak €3,000 (RM14,000) untuk membeli sebuah skuter.
Menurut sumber yang rapat dengan siasatan ini, skuter itu dibeli pada tahun 2018 dan telahpun diambil oleh Renault di ibu pejabatnya di Paris. Langkah itu diambil selepas pasukan juruaudit mempersoalkan sama ada Ghosn layak menerika mannfaat itu sebagai bahagian daripada pampasannya.
Jenis atau jenama skuter tersebut bagaimanapun tidak didedahkan kepada media.
Jurucakap Renault dan peguam Ghosn di Paris enggan mengulas tentang perkara tersebut. Ini merupakan antara tuduhan terbaru yang dikenakan ke atas Ghosn.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ghosn ditahan di Tokyo pada November tahun lalu atas tuduhan melakukan jenayah kewangan di Nissan Motor Co. Beliau sehingga kini menafikan semua dakwaan tersebut.
Sejak kes ini disiarkan secara meluas, umum mula mengetahui tentang gaya hidup mewah Ghosn yang mempunyai rumah agam di empat buah negara, sebuah jet korporat dan parti perkahwinan bertemakan Marie Antoinette di Chateau de Versailles, di luar Paris.
- BACA: CARLOS GHOSN BEBAS DENGAN IKAT JAMIN, DITAHAN SEJAK NOV ’18
- BACA: INI KENYATAAN RASMI CARLOS GHOSN TENTANG DAKWAAN SKANDAL DI NISSAN (WAJIB BACA)
- BACA: NISSAN HALANG KELUARGA GHOSN MASUK RUMAH – TUKAR KUNCI BEBERAPA HARTANAH, AMBIL KERETA
- BACA: CARLOS GHOSN DIDAKWA CUBA PECAT CEO NISSAN SEBELUM DITANGKAP, TAPI TAK SEMPAT