Buletin

CHEVROLET CAMARO ‘KRISMAS’ KENA TAHAN POLIS. SEMANGAT SANGAT NI

Peronda Polis Wisconsin memberhentikan seorang pemandu di Oshkosh,Wisconsin, Amerika Syarikat kerana Chevrolet Camaro dinaikinya penuh dengan hiasan lampu Krismas berwarna-warni.

Polis berkata, pihaknya memuji  kreativiti pemandu kereta itu tetapi memberi amaran, memandu kenderaan yang dihiasi lampu seperti kereta berhias adalah melanggar undang-undang.

Menurut laporan FOX 11 News, remaja berkenaan yang berusia 18 tahun membelanjakan kira-kira AS$30 (RM121) untuk menghiasi jentera sport terbabit.

“Saya telah menonton video YouTube kira-kira lima tahun terdapat orang yang melakukan perkara sama,” kata Tyler Kamholz.

Pihak polis Wisconsin memuat naik gambar kereta sport yang dilitupi sejumlah mentol berwarna-warni itu di laman Facebook mereka.

Salah seorang pengguna meninggalkan komen yang memaklumkan dia merupakan bapa pemandu tersebut.

“Ya ini anak saya. Sebagai pesara pegawai polis Madison, saya sudah memberi amaran kepadanya mengenai penggunaan lampu ini. Tetapi kita semua tahu bagaimana perangai anak-anak (degil), ”tulis Larry Kamholz.

“Bagaimanapun, anak saya memberitahu bahawa anggota polis tersebut  benar-benar baik dan hanya memberi amaran, malah masih sempat mentertawakannya tanpa memberikan  saman ” katanya. – agensi

Google ads
Back to top button