Artikel Pilihan

CUKAI JALAN BERASASKAN PENCEMARAN. INI YANG PERLU KITA BUAT.

Bulan lepas penulis telah menerangkan bagaimana mekanisme cukai jalan dikira bagi negara kita. Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah cukai jalan Malaysia menekankan saiz enjin atau CC enjin. Semakin besar saiz enjin, semakin mahal cukai jalan. Cukai jalan paling mesra poket untuk 1600cc dan ke bawah.

Selepas 2000cc, cukai jalan menjadi sangat mahal dan harganya tidak masuk akal. Apatah lagi dengan teknologi enjin terkini yang menggunakan turbo membuatkan enjin bersaiz kecil mampu menghasilkan kuasa melebihi enjin bersaiz besar tapi dengan cukai jalan yang renda. Saban tahun kita akan melihat pengeluar kereta akan memperkenalkan enjin turbo bersaiz kecil yang semakin efisyen

Keadaan ini menyebabkan seolah-olah struktur cukai jalan Malaysia berada 30 tahun ke belakang. Salah satu sebab yang mendorong banyak pengeluar kereta menghasilkan enjin yang kecil dan cekap tenaga ialah mulai 1 Julai 2009, Kesatuan Eropah menandatangani satu memorandum yang memberi komitmen bagi mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida

Saintis telah bersetuju dan sebulat suara dalam isu pembebasan gas dioksida secara berlebihan oleh aktiviti manusia (termasuk memandu kereta) merupakan penyumbang terbesar pembebasan gas karbon dioksida. Gas ini apabila terperangkap dalam atmosfera bumi akan bertindak memantulkan kembali sinar radiasi matahari dari bumi menuju semula ke bumi. Keadaan ini menyebabkan suhu bumi meningkat dan menghasilkan kesan pemanasan global

Salah satu perkara yang dirancang bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ialah dengan memperkenalkan cukai jalan berasaskan karbon atau leboh dikenali sebagai Carbon Tax. Cukai ini akan menghukum mana-mana kereta yang gagal memathu pelepasan asap dan pencemaran Euro dengan cukai jalan yang tinggi menjadikan kereta tersebut agak mahal untuk dibeli dan cukai yang mahal setiap tahun menjadikan kereta tersebut tidak menarik perhatian pembeli

Pada tahun 2014, Kesatuan Eropah menggunakan peraturan Euro 6 sebagai garis panduan pembebasan asap kenderaan bagi enjin petrol dan juga disel. Sehingga hari ini terdapat 25 negara yang sudah menggunakan cukai jalan yang berasaskan karbon dan pakar alam sekitar mengesahkan pencemaran asap kereta menyumbangkan sehingga 12% gas karbon dioksida secara global

Bermula dari tahun 2009 sehingga 2015, pihak berkuasa telah menetapkan beberapa kriteria yang merangkumi saiz enjin, pembebasan gas karbon dioksida dan penggunaan bahan api sebagai asas pengiraan cukai jalan. Sebagai contoh antara tahun 2015 sehingga 2019 mereka menetapkan semua kereta yang dijual perlu membebaskan kurang 130g/km gas karbon dioksida, kecekapan penggunaan petrol sekitar 17.85km per liter (petrol), kecekapan penggunaan disel sekitar 20.4km per liter bagi disel.

Bermula dari tahun 2021, semua kenderaan mestilah membebaskan gas karbon dioksida 90g/km, penggunaan petrol sekitar 24.39km per liter dan penggunaan disel sekitar 27.78km per liter. Peraturan ini memaksa pengeluar kereta menghasilkan kereta yang semakin cekap tenaga dan semakin bersih ataupun berhadapan dengan penalti cukai yang lebih tinggi sehingga menjadikan kereta mereka semakin mahal.

Sekiranya kereta tersebut mebebaskan gas karbon dioksida melebihi 130g/km iaitu nilai maksimum yang ditetapkan, penalti cukai jalan 95 Euro akan dikenakan bagi setiap gram ataupun RM 468 per gram. Boleh tahan mahal. Bagi tujuan kajian, kita akan mengkaji 3 buah kereta yang berlainan enjin untuk mengkaji nilai cukai jalan yang dikenakan. Kereta terbabit ialah VW Golf 2.0 TDI, Mazda 3 SkyActiv-X dan Hyundai kona Electric.

Anda boleh membuat semakan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa Jerman pada kereta di SINI

Bagi negara Jerman, cukai jalan akan dikira berdasarkan saiz enjin dan juga jumlah pembebasan gas karbon dioksida.VW Golf 2.0 TDI menggunakan enjin turbodisel yang menghasilkan 150PS bagi varian Style. Varian ini membebaskan 117g/km gas karbon dioksida manakala bagi varian 2.0 TDI Life ia hanya menghasilkan 115PS dan 108g/km

Berdasarkan laman sesawang cukai jalan Jerman, varian Style dikenakan cukai sebanyak 234 Euro manakala varian Life yang membebaskan kurang gas karbon dioksida dikenakan cukai sebanyak 216 Euro sahaja. Bagi Vw Golf 1.5 TSI Life, ia menggunakan enjin 1500cc turbo menghasilkan 150PS dan 125g/km gas karbon dioksida. Cukai yang dikenakan bagi kereta ini ialah 90 Euro

Mazda3 hatchback pula menggunakan enjin 1800cc SkyActiv-X menghasilkan 177 kuasa kuda tapi membebaskan hanya 100g/km. Jadi di bawak struktur cukai kereta Jerman ia hanya dikenakan cukai sebanyak 46 Euro sahaja, jauh lebih murah berbanding dengan VW Golf TDI yang menggunakan enjin 2000cc dan juga VW Golf TSi 1500cc petrol. Siapa yang hasilkan kurang gas karbon dioksida, ada kelebihan cukai.

Jadi bagaimana pula cukai bagi kereta elektrik. Kereta elektrik tidak membebaskan gas karbon dioksida semasa dipandu, namun ia dikenakan cukai berdasarkan berat kereta. Sebagai contoh, berat Hyundai Kona Electric dengan 2010kg ialah 62 Euro. Tapi bagi kenderaan yang didaftarkan di UK, kereta elektrik boleh mengelakkan cukai kesesakan dika dipandu masuk dalam kota London.

Apa yang kita rumuskan di sini ialah, ya cukai jalan di Euro seperti Jerman masig menggunakan saiz enjin sebagai faktor utama kos cukai tapi pada masa yang sama ia turut mengambil kira pembebasan gas karbon dioksida. Keadaan ini akan memaksa pengeluar menghasilkan kenderaan cekap tenaga dan bersih untuk kegunaan rakyat. Jadi, bila Malaysia nak buat?

Google ads
Back to top button