Buletin

HONDA X-ADV 750 2021 BAKAL MENJENGAH PASARAN SINGAPURA

Boon Siew Honda Singapura baru-baru ini memaklumkan bahawa Honda X-ADV 750 2021 bakal memasuki negara terbabit.

Jentera terbaharu yang mendapat sentuhan luaran dan kerangka lebih ringan itu bakal menyerlahkan sisi sporty motosikal itu.

Ia didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu  kelabu (Pearl Deep Mud Gray), merah (Grand Prix Red), hitam (Graphite Black) dan perak (Mat Beta Silver Metallic).

Honda X-ADV mendapat khidmat enjin 745cc (liquid-cooled, 4-stroke, 8-valve, SOHC, parallel 2-cylinder) yang patuh piawaian emisi Euro 5.

Ia digandingkan transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) enam kelajuan yang mampu menjana kuasa maksimum 58.6PS @ 6,750rpm dan tork maksimum 69Nm @ 4,750rpm.

Dari segi rekaan, jentera terbaharu ini dilengkapi lampu utama berkembar DRL sama seperti digunakan model CRF1100 Africa Twin.

Ruang simpanan barangan pula lebih luas berkapasiti 21 liter dengan tempat duduk rekaan baharu manakala port pengecas USB type C ditawarkan bagi memudahkan mengecas peranti.

Jentera ini turut didatangkan skrin TFT yang digabungkan sistem Honda Smartphone Voice Control untuk memudahkan penunggang menyambungkan kepada fungsi telefon pintar seperti navigasi, panggilan telefon, mesej dan muzik.

Bagaimanapun, harga dan juga tarikh pelancaran masih belum didedahkan lagi kepada umum.

Google ads
Back to top button