Motosikal

DUCATI SUPERSPORTS RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA

Selepas sekian lama membuatkan para peminatnya tertunggu-tunggu, Next Bike akhirnya melancakan Ducati Spuersport secara rasmi ke pasaran Malaysia semalam.

Jentera sports yang disifatkan sebagai model lebih mesra penunggang berbanding Panigale itu didatangkan dalam dua varian iaitu Ducati SuperSport dan SuperSport S

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Supersport akan ditawarkan pada harga RM80,899 seunit. Manakala varian Supersport S pula RM8,000 lebih mahal dengan RM88,899 seunit.

Penambahan harga itu membolehkan Supesports S dipasang dengan beberapa ciri menarik. Antaranya seperti suspensi USD dan monoshock Ohlins boleh laras sepenuhnya, Ducati quick shifter serta penutup tempat duduk pembonceng.

Manakala varian Supersport pula dipasang dengan suspensi USD Marzocchi dan monoshock daripada Sachs. Selain tidak dilengkapi ciri quick shifter.

Supersport dijana oleh enjin dua silinder Testastretta 11° yang mampu menghamburkan kuasa mencecah kuasa 113hp dan tork 96.7Nm. Bagi memenuhi kehendak penunggang, ia menawarkan tiga mode tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban.

Dari segi keselamatan, jentera yang mengambil inspirasi rekaan Panigale dipasang dengan Safety Pack (ABS Bosch + Ducati Traction Control).

Direka oleh Pusat Reka Bentuk Ducati, tidak dapat dinafikan bahawa Supersport ialah sebuah jentera yang cantik. Bukan itu sahaja, ia juga menjanjikan pengendalian yang lincah dan menyeronokkan.

Dalam usaha menyokong pelancaran model terbaharu ini, Ducati Malaysia merancang mengadakan kolaborasi untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi menunggan terutama buat kelompok penunggang dari Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Google ads
Back to top button