Buletin

LELAKI 97 TAHUN INI PEMILIK FORD MUSTANG PALING OTAI DI DUNIA

Bagaimana cara anda akan menyambut hari ulang tahun anda yang ke 97? Bagi Lennart Ribring jawapannya senang sahaja. Beliau akan memberikan jawapan dari tempat pemandu kereta sport yang sangat unik dan menjadi ikon permotoran seluruh dunia (Hello, Myvi kuning ekstrim bukan kereta sport okey).

Lennart dilahirkan di Sweden pada tahun 1919, sewaktu Ford Model T baru sahaja dipasarkan selama 11 tahun. Beliau segera mendapatkan lesen memandu beliau sebaik mencapai usia 18 tahun dalam tahun 1937. Kini beliau boleh berbangga sebagai pemilik Ford Mustang GT terbaru.

Sewaktu Lennart melihat Ford Mustang buat pertama kali pada tahun 1964, beliau telah merasakan perasaan yang sama seperti semua warga Amerika ketika itu: jatuh cinta kepada Ford Mustang.

Beliau segera membeli Ford Mustang baru ketika itu dan tidak pernah mempedulikan kereta-kereta lain yang silih berganti muncul sehinggalah sekarang.

mustang-97-tahun-ford-sweden-1

Pada usia akhir 90an sekarang, Lennart sekali lagi jatuh cinta dengan Ford Mustang baharu dan segera membeli Ford Mustang GT 2016 5.0-liter V8. Menariknya beliau memilih kotak gear manual dan bukannya model Ecoboost automatik.

Lelaki Sweden berusia 97 tahun ini menyatakan beliau tidak mempunyai masalah untuk memandu kereta itu dan sekali menayangkan kereta baru beliau kepada anak cucu (Kenapa kita tak ada datuk macam ni?).

Mustang GT baru Lennart berupaya memecut sehingga 249km/j dan mampu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Kini kereta berwarna merah tersebut dengan megah menghiasai halaman rumah Lennart di Stockholm, Sweden.

BACA – 10 SAMAN TERMAHAL DI DUNIA – SWEDEN NEGARA KEJAM!

Rupa-rupanya Lennart juga merupakan pemilik Mustang yang tertua di dunia berdasarkan rekod pengedar Ford Sweden. Pihak Ford juga telah membikin satu filem dokumentari khas untuk menghargai Lennart dan sejarah kereta beliau.

mustang-97-tahun-ford-sweden-2

“Nama saya Lennart Ribring dan saya berumur 97 tahun. Saya adalah pemilik Ford Mustang 5.0-liter V8 dan saya merasa sangat gembira,” kata Lennart dalam rakaman video yang menunjukkan Lennart menerima kunci kereta beliau dari pengedar Ford Sweden.

Sejurus selepas itu beliau dilihat membawa lelakinya, Michael menaiki Mustang baru itu dan menunjukkannya kepada cucu perempuan beliau, Emilia.

Lennart yang juga meminati dunia pelayaran, merupakan antara pemilik pertama Ford Mustang original di Sweden sekitar tahun 60an. Kini lebih daripada 50 tahun kemudian, beliau telah menjadi permilik Mustang baru yang tertua di dunia.

“Saya telah jatuh cinta sebaik melihat Mustang buat pertama kali dan tidak pernah memikirkan tentang kereta lain. Anda akan merasa seperti raja di atas jalan sewaktu memandu kereta ini,” kata Lennart.

“ Saya mungkin sudah sampai ke penghujung usia, jadi saya mahu menghabiskan usia dengan terus memandu dan menikmati hidup sepenuhnya. Ini adalah salah satu impian saya” sambung beliau.

mustang-97-tahun-ford-sweden-4

Sebagai seorang usahawan yang sudah bersara dan masih berkhidmat sebagai akauntan secara sambilan, Lennart memberikan sedikit nasihat untuk mereka yang masih ingin memandu sehingga akhir hayat seperti beliau.

“Saya ingin menasihatkan pemandu-pemandu muda agar belajar tentang sesebuah kereta secukupnya sebelum memandunya. Keselamatan adalah perkara paling utama” (PERHATIAN – pemandu-pemandu Myvi dan Axia).

“Ianya sama seperti makan bubur nasi, tunggu sehingga sejuk sebelum memakannya” kata Lennart. Ok. bahagian Myvi dan Axia tu kami tambah sendiri.

BACA – PANDU 1.6 JUTA KM, TOYOTA HADIAHKAN LELAKI INI KERETA BARU

Mustang baru boleh juga didapati di pasaran Malaysia dengan dua varian. 5.0-liter V8 dan 2.3-liter EcoBoost. Harganya memang boleh tahan juga dengan kata lain memang arwahlah.

Tetapi jika anda membeli Ford Mustang anda bukan hanya membeli sebuah kereta dengan lambang kuda berlari, tetapi anda juga membeli secebis sejarah permotoran terulung.

Jadi, jika sekarang anda sekarang masih muda dan memandu Bezza, loan 9 tahun, spotrim China beli di kedai papan Klang pakai kad kredit. Tak apa. Perjalanan masih panjang.

Siapa tahu pada umur 97 nanti anda pakai…

Alza misalnya?

Google ads
Back to top button