Motosikal

DUCATI MONSTER 821

Ducati semalam memperkenalkan model Monster 821 yang menjadi generasi ketiga jentera naked ikonik keluarannya. 

Ducati-Monster-821-mekanika (3)

Monster sememangnya menjadi model utama Ducati. Sejak dipasarkan lebih 20 tahun lalu, lebih 290,000 unit Monster berjaya di jual di seluruh dunia.

Dibina di kilang Ducati di Bologna, Itali model bersaiz sederhana itu menggunakan  chasis baharu dan memiliki gayaan lebih maskular yang diambil daripada model Monster 1200. Pastinya, tawaran terbaharu itu sarat dengan teknologi tercanggih Ducati.

Ducati-Monster-821-mekanika (4)

Monster 821 dikuasakan oleh enjin 821 Testastretta 11° binaan Ducati. Ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 112hp dn tork 89.3Nm untuk menggerakkan jentera yang hanya seberat 179kg itu.

Model naked itu menggabungkan aspek minimalis dan prestasi yang menjadi DNA sejak Monster masih menjadi model konsep. Dikatakan sangat selesa dengan tempat duduk yang boleh dilaras ketinggiannya, Monster 821 turut memasukkan sistem traction control 8 tahap, ABS tiga peringkat dan tiga tahap  Ride-by-Wire ke dalam mode tunggangan Ducati yang mesra pengguna.

Ducati-Monster-821-mekanika (2)

Monster 821 akan mula ditawarkan di pasaran United Kingdom mulai Julai 2014. Ia didatangkan dalam pilihan warna hitam dan merah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button