Motosikal

DUCATI XDIAVEL 2019 TERIMA WARNA KELABU YANG BARU – YANG LAIN SAMA SAHAJA

Ducati baru-baru ini memperkenalkan warna baharu untuk model cruiser keluarannya, XDiavel 2019.

Skim warna kelabu yang dikenali sebagai Matt Liquid Concrete Grey itu merupakan satu-satunya warna untuk model bukan XDiavel S. Pengenalan warna tersebut dibuat kerana kelabu matt kini dilihat sangat popular dalam dunia motosikal.

Jentera itu juga hadir dengan tempat duduk yang dibalut kulit berwarna coklat. Ini sekali gus memberikan motosikal itu rasa moden, kelas dan retro. Warna kelabu ini memang sepadan dengan warna hitam pada chasis dan enjin XDiavel.    

Di pasaran luar negara, XDiavel bersaing secara langsung dengan model Harley-Davidson FXDR 114 baharu.

Secara mekanikalnya, XDiavel menggunakan khidmat enjin Ducati Testastretta DVT 1262 yang berupaya menjana kuasa 152hp. Jika anda memilih varian XDiavel S, ia hadir bersama brek Brembo di depan, rim lebih menarik, penutup enjin serta warna hitam atau putih.

Semua varian XDiavel dilengkapi sistem brek anti kunci ketika mengambil selekoh yang jelas menambah baik aspek keselamatan dan pengendaliannya.

GALERI

Google ads
Back to top button