Motosikal

DWP2025: DUCATI MULTISTRADA V4 S 2025 DIRASMIKAN – 170HP, 124NM

Sebaik Ducati memperkenalkan Multistrada V4 pada 2021, motosikal segmen adventure itu bingkas menjadi motosikal paling popular yang lahir dari kilang Borgo Panigale sehingga ke hari ini. 

Terbaru, Ducati memperkenalkan Multistrada V4/V4 S terbaru untuk pasaran global bagi tahun 2025 yang hadir dengan pelbagai naik taraf dan peningkatan termasuk pakej elektronik yang dibangunkan di MotoGP. Pelancaran global Multistrada V4/V4 S ini disiarkan dalam episod pertama Ducati World Premiere 2025 (DWP2025).

Enjin dan casis

Meskipun begitu, Multistrada V4 S terbaru ini masih lagi mengekalkan penggunaan kerangka jenis ‘monocoque’ aluminium termasuk platform Granturismo V4 1,158cc. 

Namun, Ducati telah mengubah kedudukan swingarm kepada 1mm lebih tinggi bagi memperbaiki kapasiti ‘anti-squat’ suspensi belakang sekaligus meningkatkan responsif kendalian ketika menunggang. 

Sementara itu, enjin Granturismo V4 yang menawarkan 170hp kini telah mencapai standard Euro5+ baharu. Seperti model sebelumnya, servis utama (major service) hanya perlu dilakukan setiap 60,000km sementara servis tukar minyak hitam hanya perlu dibuat pada setiap 15,000km. 

Selain itu, Ducati turut mempertingkat tahap keselesaan pembonceng dengan mengubah kedudukan ‘panniers’ ke belakang bagi memberi ruang lebih baik pada bahagian kaki. Ketinggian tempat duduk juga boleh diubah antara 840mm dan 860mm. 

Suspensi dan brek

Pakej suspensi pula merangkumi fork Marzocchi 50mm (semi-aktif) dengan Ducati Skyhook Suspension  Evolution yang turut dipadankan dengan sensor. Monoshock belakang juga boleh diselaraskan sepenuhnya secara elektronik. Segala tetapan boleh dilakukan menerusi butang tersedia. Sementara itu, varian standard (Mulitstrada V4) hadir dengan fork 50mm dan monoshock boleh laras sepenuhnya. 

Model keluaran 2025 ini juga didatangkan dengan Automatic Lowering Device yang secara automatik merendahkan suspensi ketika kelajuan rendah dan kembali ke kedudukan normal sebaik mencapai kelajuan lebih 50km/j. 

Pakej brek juga berbeza dengan Multistrada V4 S menerima cakera 330mm dengan kaliper brek Brembo Stylema 4-piston berkembar di bahagian depan dan cakera brek 280mm belakang dengan brek 2-piston. Sementara Multistrada V4 datang dengan cakera brek 10mm lebih kecil dengan brek Brembo 4-piston depan. Sistem brek pula dioperasikan oleh Brembo-Bosch 10.3ME Cornering ABS.

Elektronik

Untuk rekod, Ducati Multistrada V4 S merupakan motosikal pertama yang dilengkapi dengan sistem pengesan radar yang menawarkan fungsi Adaptive Cruise Control. Ciri tersebut turut dikekalkan pada model 2025 ini. 

ECU pula menawarkan lima mod kesemuanya:

  • mod Sport: 170hp 
  • mod Touring: 170hp, repson ‘throttle’ lebih terkawal serta ABS dengan tetapan tinggi. 
  • mod Wet: 115hp dengan respon ’throttle’ lebih lembut, ABS dan traction control lebih sensitif.
  • mod Urban: 115hp, traction control dan wheelie control lebih sensitif. 
  • mod Enduro: cornering ABS dan kawalan tayar belakang dipadamkan. 

Sementara itu, Ducati Vehicle Oberserver (DVO) yang diperkenalkan pada Panigale V4 generasi terbaru turut diterapkan pada Multistrada V4/V4 S 2025. DVO merupakan sistem terbaru yang dibangunkan hasil dari pengalaman Ducati di MotoGP. 

DVO berfungsi dengan mengambil input dan data sewaktu menunggang lalu membuat tetapan pada traction control, wheelie control dan ABS bagi memastikan kawalan menunggang berada di tahap optimum. 

Antara pakej elektronik lain ditawarkan termasuk:

  • Engine Brake Control
  • Quick Shift
  • Brake Light Evo 
  • Vehicle Hold Control
  • skrin TFT 6.5-inci 

GALERI: DUCATI MULTISTRADA V4 S 2025

Google ads
Back to top button