Modifikasi

EVO KAU HIJAU!

Satu masa dahulu, tular sekejap di media sosial apabila sebuah Lancer EVO I RS (CD9A), berjaya diimport masuk dan dijual dengan harga RM80K. Rasa teruja pun ada memandangkan model lagenda ini, sudah boleh menetap di sini tanpa perlu dikerat-kerat.

Yang jadi kesnya apabila harga yang ditawarkan, dikecam terlalu tinggi untuk sebuah kereta berusia 26 tahun.

“Sama je ngan Wira”, kata Baharom yang berselindung di sebalik gambar profil Darth Vader.

“Baik beli EVO 9”, tembak Ramli yang cuba menambah kuah. 

Hakikatnya, kebanyakan mereka ni jenis tak reti menilai kereta. Tau tak hanya 5,000 unit CD9A pernah dihasilkan dan tak sampai sebelah tangan yang ada di Malaysia secara sah? Tu pasal ia dinilai sebagai item koleksi dan bukan mengikut kaedah kiraan semasa. Sembang lebat, nafsu besar. Tapi realiti, nak loan Myvi seken pun tak lepas. Eh! Pak Maun pulak yang emo…

BACA: LANCER EVO III CRUISE POWER

Kalau rasa yang authentic mahal, yang tempatan tak segak, yang tengah-tengah macam Lancer CB ni mungkin antara pilihan yang boleh dipertimbangkan. Sebuah kereta tiga berlian, yang boleh dijelmakan kepada EVO dengan mudah. Yang tempatan bukan tak boleh bikin, cuma runsinglah sikit kalau nak ke mana-mana.

 

Memandangkan geng tempatan sekarang dah berani salin punggung, sesuatu mesti dilakukan untuk membezakan rupanya berbanding model berkenaan. Salinan kit badan standard EVO III, bukan lagi pilihan utama.

Jadi kit badan kembang Full Blast keluaran Body Factory Murayama (BFM), mungkin cara terbaik untuk keluar dari kemelut ini.

Tapi kit Full Blast cuma dibuat untuk fender dan panel sisi pintu. Nak tak nak, ia perlu digabungkan dengan komponen keluaran tuner-tuner lain.

Apa yang boleh dikesan adalah, penggunaan skirt sisi dan skirt bumper belakang Cruise Power, bumper depan Kansai Spec 1, termasuk hood dan bonet CF Kansai. Lain-lain aksesori yang turut membantu adalah cermin sisi CF Ganador, sunroof EVO III, diffuser belakang EVO III, spoiler GT aloi, lampu belakang kristal, serta signal amber Lancer USDM.

Selain hijau serindit berkicau galak, kekacakan kereta ini juga datang dari rim ultra popular Volk Racing TE37 berukuran 17-inci. Tayar pilihan pun mari jugak, jenis Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 215/45R-17, yang boleh menggeletek adrenalin jika mahu. Memastikan tahap pengendalian terbaik, sistem gantungan dibantu set suspensi boleh laras Apexi N1.

Takkan puas kalau enjin asal EVO tidak diguna sama. Sebelum disalin, sedikit peningkatan telah dilakukan, bermula dengan penempatan set piston Wiseco, conrod Duratech, serta camshaft HKS 264° di bahagian kepala silinder.

Sistem pendesak masih mengharapkan keupayaan unit turbo TD05H asal. Memastikan ia mampu bekerja pada tahap optimum, proses sejukan dibantu intercooler rekaan GReddy, termasuk binaan paip sambungan kustom, tambahan wastegate Turbosmart 38mm dan injap pelepas ARC.

Keperluan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, sambil dikawal regulator dari Sard. Bagi mengatur kembali kadar letusannya, kotak ECU asal telah ditipu menggunakan unit SAFC II dari Apexi.

Sistem transmisi menerima kotak gear manual EVO III dengan set klac dari Triniti. Yang menyebabkan ia belum cukup sempurna adalah, sistem pacuan AWD EVO yang belum sampai seru untuk dinaikkan. Tak lamalah tu…

Bahagian dalaman juga menerima salinan komponen milik EVO III, meliputi bahagian utama seperti papan pemuka, stereng dan panel pintu. Untuk feel lebih premium, tempat duduknya menggunakan set Recaro TME. Juga disediakan, rangkaian aksesori lain seperti panel dashboard CF, armrest telor, burger dan perehat kaki EVO III, rak majalah ARP Sport, tombol gear RalliArt, panel meter Dangun Racing, Defi 6 beradik, serta unit pemasa enjin Apexi.

Proses modifikasi kereta ini masih lagi berjalan. Banyak betul yang sedang bermain di fikiran Nuar.

Biar lambat katanya, janji puas hati!

-PAK MAUN-

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”158″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button