Modifikasi

FD CONVERT TYPE-R

Saya ni ada penyakit pelik sikit. Time sakit ke, pengsan ke, bila tengok gambar kereta tiba-tiba jadi segar-bugar. Walaupun idea menulis tak mencurah pada masa-masa tertentu, kereta Civic FD ni saya fikir akan memulakan lembaran baru modifikasi kereta Honda ketika barisan pengeluaran model Civic seperti sudah nampak macam hendak sampai ke penghujungnya.

Kereta ini milik Haikal, seorang jurutera yang masih muda belia. Berjaya dalam karier dan masih tercari-cari kereta yang disukainya. Beli kereta ini pun bukanlah ada plan yang drastik. Sehinggalah dia sedar hanya ada satu cara nak main Civic FD, salin kepada Type-R. Janganlah buat projek rojak enjin sana-sini sebab kuasanya tidak ke mana. Kereta ini sudah dicipta dengan pakej enjin yang laju  dan masalah paling depan selalunya ialah bajet.

Berapa kos nak menukar FD pekak menjadi sebuah Type-R penuh?

SONY DSC

Banyak. Sangat banyak. Main bodypart saja dah boleh cecah lima angka. Itu belum masuk rim, suspensi dan bahagian dalaman yang banyak perlu disalin. Pada mata umum, rata-rata orang tak perasan bahawa ramai dah sebenarnya orang main FD convert Type-R. Tapi selalunya ia berakhir pada kosmetik dan mungkin penghujungnya Brembo.

K20AR pada half-cut FD2R di Jepun masih lagi merupakan barang hangat. Permintaannya sama tinggi dengan 4B11, RB26 dan VQ38DETT. Berbeza dengan Mitsubishi dan Nissan yang agak terhad kerana aspek pacuan roda dan badan. K20A ialah enjin yang versatil dan hampir pasti boleh dipadankan pada mana-mana kereta Honda Civic.

BACA – HONDA FD R “FEEL’S”

BACA – CIVIC EF SPOON

BACA – HONDA EG KOPI TATT

Untuk memastikan projek FD ini tak membazir dengan hendak cari barang satu demi satu, Haikal membuat keputusan memesan half-cut sebuah kereta FD2R terus. Kalau dalam bahasa budak-budak runner,  half-cut CKD. Isu nak beli ialah duit dan berapa lama boleh tunggu. Bukan semua kedai half-cut boleh cari. Saya masih ingat lagi masa zaman main EK dulu, daripada bersusah-payah pergi ke  pusat lelongan Jepun, dia orang bantai beli kereta di kedai kereta terpakai Jepun, potong dan bawa balik. Harganya tak beza banyak pun.

Menyalin kereta FD2R kepada FD lokal juga kerja yang senang. Buka dan pasang. Bukak part FD pekak, masuk part FD Type R. Hampir semua 100 peratus sama kecuali bahagian pacuan bawah yang mana lengan ayun Type-R  sedikit pendek. Macam yang saya cakap tadi, kalau beli CKD tak ada masalah, casis sahaja made in Malaysia. Selebihnya semua FD2R punya.

SONY DSC

Enjin tak banyak diusik. Apa yang agak ‘wow’ ialah kotak penapis udara GruppeM. Rare dan tak murah kalau beli baru. Di kedai half-cut pun kena bergaduh dulu baru dapat. Palam pencucuhnya daripada Iridium, ekzosnya pula jenis header Skunk2 Alpha, paip dan muffler J’S Racing. Kotak gear manual enam kelanjuanya dipasangkan dengan  pelapik klac Ogura Super Single. Bagi memastikan enjin stabil dan tidak bergegear, mounting asal digantikan dengan mounting Hasport.

Suspensi paling sedap untuk kereta ini memang model asalnya iaitu Showa Type-R. Bahagian belakangnya boleh tahan melenting-lenting dan sangat tidak selesa pada orang kebanyakan. Tapi kalau bujang, tak ada yang duk belakang, selamba. Dengan set standard ini cuba saja Sepang satu lap, kalau tak dapat bawah 3 minit memang balik jual kereta dan naik LRT sahajalah.

SONY DSC

Penyalinan menyeluruh kereta ini termasuk ke bahagian dalaman, tempat duduk, papan pemuka, stereng dan banyak lagi. Sekali tengok, memang orang akan ingat ini model Type-R original. Memang berbaloi kalau beli half-cut CKD sebab tak perlu ke hulu ke hilir cari sebatang arm yang tak cukup, contohnya. Walaupun CKD, tidaklah tergamak Haikal memasang semula rim pekak Type-R itu. Jadi, dia menukarkannya dengan rim CE28N 17 inci dengan tayar 225/45 Bridgestone Potenza RE002.

Mungkin ini cara terbaik nak dapat kuasa R dengan jalan singkat. Cuma masalah utama yang perlu diatasi ialah duit. Belanja main kereta ini tak murah. Civic pekak FD pun berapa harga sekarang. Half-cut CKD yang terakhir gua tanya tahun lepas boleh beli sebuah Myvi. Kalau anda berhajat nak main kena kira betul-betul, dapatkan harga paling cun supaya tak silap. Takutnya nanti keli kereta campur half-cut dah sama harga dengan FD Type-R ori. Baru menyesal tak sudah.

[hr]Spesifikasi

Model: Honda Civic 2.0/ 2007

Enjin: K20AR, air box GruppeM, NGK Iridium, manifold Skunk2 Alpha, muffler dan paip J’S Racing.

Transmisi: Manual enam kelajuan, klac Ogura Super Single

Suspensi: FD2R

Brek: Brembo Type-R

Rim: CE28N 17 inci

Tayar: Potenza RE002 225/45/17

Dalaman: Full R

Luaran: Full R

Warna: Fiji Blue

[hr]Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button