Buletin

FLYING SPUR V8, BILA PEMILIK SUKA PANDU DARI DIPANDU

Pernah tak terfikir kereta mewah yang sedap dipandu lebih banyak dinikmati oleh pemandu berbanding pemilik di kerusi belakang? Ini satu yang munasabah manakala ciri-ciri keselesaan penting kerana kebiasaannya pemilik mahu tenang di belakang.

Bagaimanapun ada sesuatu yang menarik apabila Bentley mendedahkan butiran mengenai Flying Spur baharu.

Kajian dari sepuluh tahun kebelakangan menunjukkan peralihan signifikan penggunaan Flying Spur oleh pemilik dari dipandu kepada memandu sendiri.

Kajian peringkat global (termasuk dua klinik pelanggan di Amerika dan China) juga menunjukkan lebih 40 peratus pelanggan duduk di kerusi belakang sekurang-kurangya sekali seminggu atau dalam erti kata lain bukan kerap pemilik duduk di belakang.

Data tersebut dimanfaat dalam membangunkan Flying Spur baharu dan benar-benar mempengaruhi di mana Bentley memfokuskan kepada pengalaman pemandu dan pada masa sama mengekalkan ruang kabin yang menggabungkan ciri mewah dan teknologi terkini.

Agak janggal sebenarnya apabila kereta mewah seperti Bentley dipandu sendiri oleh pemilik dan Flying Spur baharu dibangunkan bagi mengimbangi kehendak pemilik yang mahu memandu sendiri kereta mereka.

Bentley membangunkan Flying Spur V8 untuk dinikmati oleh pemandu dengan meningkatkan tahap pemanduan seperti ketangkasan dan bunyi enjin yang lebih berkarakter.

Selain ciri pemanduan untuk dinikmati pemilik, Flying Spur baharu lebih ekonomikal dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar. 

Enjin itu mempunyai kuasa 542bhp dengan tork maksimum 770Nm pada  bawah 2,000 rpm hingga 4,500 rpm. Pecutan 0 hingga 100 km/j hanya perlu 4.1 saat manakala kelajuan maksimum ialah 318 km/j. 

Satu daripada kunci memaksimumkan penggunaan minyak ialah teknologi nyahaktif empat dari lapan silinder ketika penggunaan ringan atau permintaan tork di bawah 235Nm dan kelajuan putaran enjin di bawah 3,000 rpm.

Pertukaran tersebut tidak dirasai oleh penumpang dengan masa nyahaktif sekitar 20 milisaat sahaja.

Selain itu, berat Flying Spur V8 100 kg lebih ringan berbanding W12 terdahulu dan menyumbang kepada rasa lebih tangkas dan responsif selain personaliti tersendiri.

Ciri standard Flying Spur baharu ialah Suspensi Udara Suai (Adaptive Air Suspension), Torque Vectoring by Brake, Drive Dynamics Control dan Stereng Elektrik.

Bentley turut menawarkan teknologi anti oleng elektrik 48V (Bentley Dynamic Ride) dan Electronic All-Wheel Steering untuk pemanduan lebih tangkas.

Lagi ciri menarik apabila pelanggan boleh memesan Flying Spur dengan empat atau lima kerusi.

BACA: BENTLEY BENTAYGA SIAP EKZOS AKRAPOVIČ!

BACA: SELAMAT TINGGAL ENJIN BENTLEY L-SERIES V8, DARI 1959-2020!

BACA: BENTLEY JUAL MADU BENTLEY BEE – TERNAK LEBAH DI KILANG

Google ads
"
"
Back to top button