Motosikal

YAMAHA AMERIKA PANGGIL SEMULA 1,500 UNIT R3 (R25). MASALAH HOS BREK DEPAN BOCOR

Yamaha Amerika dilapor telah memanggil semula kira-kira 1,500 unit YZF-R3 (R25) buatan tahun 2019 berikutan masalah hos brek roda hadapan.  

Dua panggilan semua telah dibuat minggu lalu. Pertama berkaitan kemungkinan hos brek hadapan bcor dan pemegang hos berkenaan menjadi longgar. Pada Mei tahun lalu, Yamaha turut membuat panggilan semula kerana brek hadapan mungkin tersentap.

Yamaha memberitahu komponen tersebut mungkin bergesel dengan wayar hon apabila hendal digerakkan dari kiri ke kanan. Ia boleh menyebabkan cecair brek bocor dan mengurangkan keupayaan membrek, seterusnya meningkatkan risiko pelanggaran,

Manakala pemegang hos brek pula berisiko menjadi longgar. Sekali gus menyebabkan kerosakan pada pelindung, hos brek dan cecair brek bocor.

Yamaha akan menghubungi semua pelanggan yang terjejas dan menggantukan hos dan pemegangnya secara percuma.

Google ads
Back to top button