Motosikal

HARLEY-DAVIDSON PERKENAL LOW RIDER ST DAN LOW RIDER S DI PASARAN MALAYSIA

Harley-Davidson Malaysia melancarkan dua jentera baharu di bawah rangkaian motosikal Cruiser, Low Rider ST dan Low Rider S di pasaran negara bermula pada harga RM 115,900.

Kedua-dua jentera Low Rider ST dan Low Rider S ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu hitam (Vivid Black) dan kelabu (Gunship Gray).

Motosikal terbaharu itu dilengkapi enjin V-Twin Milwaukee-Eight 117 bersesaran 1,923 cc yang mampu menjana kuasa 105 hp dan tork 168 Nm.

Ia turut mendapat komponen camshaft dan intake Heavy Breather berprestasi tinggi dipadankan ekzos 2 into 2 offset shotgun dalam memberi tork pertengahan yang lancar.

Selain itu, jentera terbaharu tersebut didatangkan pengimbang balas berkembar dalam mengurangkan getaran.

Model Low Rider dilengkapi fork hadapan aluminium katrij tunggal 43 mm, penyerap hentak gegelung di bahagian belakang dengan tetapan pra-muatan, sistem ABS dan sistem pencahayaan LED.

Bagi model ST pula, jentera itu hadir dengan tempat duduk lebih tinggi berbanding model S.

Ia juga mendapat penyerap hentak tunggal di belakang yang lebih tinggi sekali gus memberi jarak pergerakan tayar lebih jauh dan pengendalian tunggangan lebih baik.

Low Rider ST didatangkan brek hadapan berkembar 300 mm untuk memberi tindak balas lebih jitu terutama bagi penunggang agresif dan tayar Premium Michelin Scorcher 31 110/90B19 membaluti di hadapan manakala di belakang 180/70B16.

Untuk keterangan lanjut berhubung Low Rider ST dan Low Rider S boleh melayari laman www.harley-davidson.com.

Google ads
Back to top button