
HARLEY-DAVIDSON PETALING JAYA DINOBAT SEBAGAI AFTER SALES TERBAIK PASARAN NEGARA BAHARU MUNCUL RANTAU ASIA
Harley-Davidson Petaling Jaya sekali lagi meraih sebagai After Sales Terbaik pada suku kedua di pasaran negara baharu muncul rantau Asia.
Ia sekali gus membuktikan kecekapan para juruteknik dalam memberikan perkhidmatan terbaik selepas jualan kepada pemilik-pemilik jentera Harley-Davidson.
Para juruteknik Harley-Davidson Petaling Jaya memiliki pengalaman, kemahiran yang dipelajari dan diterapkan dari Universiti Harley Davidson malah piawaian tinggi untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan serta servis.
Pada penghujung suku pertama, Harley-Davidson Petaling Jaya menerima anugerah Pengedar Aftersales dan sekali lagi untuk suku kedua.
Pengerusi Goh Brothers Group, Goh Kian Sin berkata ia merupakan sesuatu yang dapat dibanggakan kerana menjadikan negara Malaysia dikenali di peringkat global.
“Harley-Davidson Petaling Jaya akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menawarkan pengalaman pemilikan Harley Davidson tidak kira usia jentera para pelanggan,” katanya.
Harley-Davidson Petaling Jaya diterajui Lau Chye Wang manakala After Sales diketuai Ahmad Fikeri.
Pengedar Harley-Davidson dari pasaran baharu Asia termasuk Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Filipina.