Buletin

HONDA ACCORD 2023. ENJIN 1.5L TURBO, 2.0L HIBRID. REKAAN LEBIH CANTIK, TIADA LAGI LAMPU STAPLER

Honda Accord generasi ke-11 telah didedahkan dan akan menerma teknologi paling canggih dalam barisan kereta semasa Honda.

Dari segi dimensi, Accord 2023 berukuran 4,971mm panjang, 1,862mm lebar dan 1,450mm tinggi dengan jarak roda 2,830mm.

Reka bentuk Accord 2023 kelihatan lebih konservatif berbanding generasi sebelumnya dengan menampilkan jeriji jaringan hitam diapit oleh sepasang lampu utama LED. Bampar yang lebih besar dan menampilkan salur kemasukan udara yang lebar memberikan gambaran dimensi lebih luas berbanding model terdahulu.

Bahagian belakang mendapat perubahan ketara dengan menampilkan lampu unit LED nipis dari kini ke kanan.

Model ini didatangkan dengan rim aloi 17 inci. Untuk kemasan sport, ia dibezakan dengan cermin hitam dan rim aloi hitam 19 inci. Manakala Sport-L pula akan mendapat diffuser berwarna hitam.

Varian teratas iaitu touring pula menerima aksen hitam dan roda aloi 19 inci. Kemasan berwarna perak dipasang untuk memberi kontras yang menarik.

Rekaan kabin Accord 2023 kelihatan tidak jauh berbeza dengan Civic. Lihat sahaja kepada rekaan corong pendingin hawa, kluster instrumen digital 10.2 inci serta sistem infotainmen 7 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar itu.

Model-model mewah seperti Sport, Sport-L, EX-L dan Touring akan mendapat sistem infotainmen berukuran 12.3 inci berbanding model standard. Selain itu, terdapat kemas kini melalui teknologi Google di mana pemandu boleh mengakses Google Maps, Google Assistant dan Google Play.

Dari segi keselamatan, rangkaian teknologi bantuan pemandu Honda SENSING telah dikemas. Ia merangkumi sistem Traffic Jam Assist, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKAS) yang telah dikemas kini untuk respons lebih semula jadi.

Manakala Pengecaman Tanda Trafik adalah standard untuk semua varian, manakala ciri Kawalan Brek Kelajuan Rendah tersedia pada varian Touring.

Mengenai enjin, Accord LX dan EX dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.5 liter turbo yang menampilkan teknologi VTEC yang dikemas kini. Walaupun mengalami perubahan, enjin tersebut mampu menghasilkan 192hp dan tork 260Nm.

Varian hibrid menampilkan enjin petrol empat silinder 2.0 liter kitaran Atkinson yang mampu menghasilkan kuasa 204hp dan tork 335Nm. Accord Hybrid mendapat suntikan bahan api terus, serta menampilkan dua motor elektrik sebelah-menyebelah.

Dari segi kuasa, mungkin kelihatan lebih kecil, tetapi Honda mendakwa enjin hibrid baharu itu mampu membuat pecutan lebih pantas dan responsif.

Honda Accord 2023 akan dikeluarkan di Marysville, Ohio, Amerika Syarikat bermula Disember 2022. Harga rasmi juga akan diumumkan menjelang pengeluaran pertama.

Google ads
Back to top button