Modifikasi

HONDA ACCORD RIM 22”

Ini kali pertama saya melihat sebuah Honda Accord dipadankan dengan rim bersaiz 22 inci. Jika ia sebuah SUV, mungkin ia bukan perkara yang pelik. Tetapi bagi sebuah sedan, ia memang jarang berlaku. 

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (6)

Dalam perbualan ringkas bersama pemiliknya, dia memberitahu ingin menukar rim itu dengan saiz yang lebih besar – 24 inci!!!!

Adakah ia satu trend baru? Tidak juga, kerana rekaan seperti Hellaflush dan Bosozoku bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia terhad pada saiz yang logik diterima akal.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (4)

Biasanya kalau untuk sebuah sedan, saiz paling maksimum pun 20 inci. 22 inci sebenarnya dah keterlaluan. Namun, jika anda seorang yang eksentrik tentang sesuatu yang besar, apa salahnya?

Bagaimana pula dengan sistem audio? Tidaklah estrem, tetapi kami berbangga untuk menyiarkannya di sini. Keseluruhan sistem Accord ini banyak dibantu oleh sokongan platform asasnya.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (7)

Pertama, ia sebuah sedan penuh yang paling besar dalam kelasnya. Kedua, sistem audio asal agak bagus untuk dijadikan unit mula. Ketiga, ruang butnya memang cukup besar untuk menampung sebuah monitor skrin rata bersaiz 32 inci.

Sistem kereta ini agak ringkas dan ‘straight forward’. Malah pemasangan di bahagian kabin juga hampir tidak langsung nampak ia sebuah kereta audio yang dibina dengan serius.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (16)

Apa yang kelihatan ialah rangkaian pemain asal Accord yang merupakan pemain jenis binaan dalam. Dalam kebanyakan kereta moden, saya rasa, pemain Accord  adalah yang paling ‘rata’ dari segi reka letak butangnya. Sehinggakan penukaran pemainnya amat jarang dibuat. Rekaan rata tersebut meliputi unit kawalan pendingin  hawa dan suis utama yang mendominasi keseluruhan alat kawalan.

Pemain itu masih boleh diharap. Justeru, bagi memastikan signalnya diperkuatkan, sebuah pre-amp dipasang agar isyarat dapat disilangkan dan dikawal secara bebas. Daripada pre-amp ini, keseluruhan sistem dihantar sepenuhnya ke bahagian belakang.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (10)

Sebanyak tiga buah sub 12 inci Performance dipasang di bahagian but. Dua diletakkan di bahagian sisi dalam kotak khas. Manakala satu lagi ‘ditanam’ di bahagian lantai yang mengambil posisi tayar ganti.

Semua sub ini mendapat bekalan kuasa daripada amplifire PF170C. Dengan keupayaan ketiga-tiga sub ini, ternyata masalah bunyi bass yang kurang daripada sebuah sedan yang bersaiz besar sudah diselesaikan.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (8)

Speaker yang tergantung di bahagian but ialah set Performance 6 inci. Tidak mahu menggunakan ruang penutup but sebagai posisi pemasangan, ia adalah lokasi alternatif yang agak kemas. Speaker jenis coaxial dan sepasang tweeter tadi mendapat bekalan kuasa daripada amplifire Performance PF602 2 channel.

Unit terakhir yang mungkin paling dominan ialah sebuah skrin tv LCD panasonic 32 inci yang ‘disandarkan’ di bahagian sempadan but. Saya juga tidak sangka bahawa skrin ini boleh muat dalam sebuah bonet kereta sedan! Unit visual ini mendapat signal daripada pemain DVD LA Power yang disorokkan dalam glove box depan.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (1)

Jika bunyi di bahagian kokpit ini sudah cukup bingit untuk dimainkan, sudah pasti pemilik Accord ini mahukan yang terbaik ketika memandu. Maka, speaker panel pintu depan diganti dengan speaker Performance PF65 yang diperkuatkan melalui  power amp Performance PF604.

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (15)

Ini bukanlah kereta dengan li,pahan LED atau bunyi yang memenangi pertandingan audio kategori SPL. Ia adalah sistem individu yang dibina dengan citarasa tersendiri. Ia sistem yang ringkas, berkualiti dan peningkatan kualiti bunyi yang boleh dibanggakan. Secar jururnya saya suka kombinasi begini. Cuma jangan sampai rim 24 inci lah!
[hr]GALERI 

Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (2)Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (13)Honda-Accord-rim-22-inci-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button