Buletin

SHELL HELIX ECO. KHAS UNTUK UNTUK KERETA KOMPAK, RM143.50 SEBOTOL

Pertimbangan dari segi ekonomi dan alam sekitar merupakan antara faktor utama dalam membuat keputusan pembelian, terutama dalam kalangan generasi milenial. Tidak hairanlah jika kereta kecil yang lebih mampu milik dan jimat menjadi pilihan popular di Malaysia.

Jadi, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) telah melancarkan minyak enjin sintetik sepenuhnya berkelikatan rendah yang baru. Ia bagi memenuhi keperluan kereta kompak moden berkapasiti enjin di bawah 1,200cc yang kian bertambah di Malaysia.

Minyak enjin Shell Helix ECO 0W 20 baharu dihasilkan khusus untuk kereta kecil. Enjinnya sering terdedah kepada keadaan pemanduan di bandar yang penuh dengan tekanan dan trafik yang henti-gerak.

Minyak ini menjanjikan penjimatan bahan api yang lebih baik dan perlindungan terbaik terhadap kehausan dan geseran komponen enji. Ia juga mempunyai formula dengan kadar penyejatan rendah yang membantu melincir dan melindungi enjin.

“Dengan Shell Helix ECO, pemilik kereta boleh menikmati penjimatan dari segi kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Ini kerana ia merupakan minyak enjin premium sintetik sepenuhnya yang berupaya membersihkan enjin.

“Selain memberikan perlindungan enjin optimum sehingga penukaran minyak yang seterusnya,” kata Pengurus Besar Pemasaran, Shell Lubricants, May Tan.

Boleh didapati di dalam pek 3.5 liter yang sesuai digunakan untuk sekali penukaran minyak, harga runcit yang disyorkan bagi Shell Helix ECO 0W 20 baharu ialah RM143.50 di Semenanjung Malaysia dan RM144.20 di Sabah dan Sarawak.

Minyak ini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell Helix yang berdaftar di seluruh negara.

Sempena pelancarannya di Malaysia, setiap pek 3.5 liter Shell Helix ECO 0W 20 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ yang tulen didatangkan dengan pelindung matahari secara percuma. Tawaran ini sah dari 1 Mac 2020 sementara stok masih ada.

Mazda CX30

Pelanggan yang membeli Shell Helix ‘Untuk Pasaran Malaysia’ yang tulen dari bengkel Shell Helix yang berdaftar layak mengambil bahagian dalam program  Shell Advantage and Rewards (SHARE) (https://share.shell.com/consumer/my).

Ahli-ahli SHARE layak mendapat satu pek minyak enjin Shell Helix secara PERCUMA bagi setiap empat pek yang dibeli dari cawangan runcit berdaftar.

Maklumat lanjut mengenai Shell Helix ECO 0W 20 serta terma dan syarat promosi, sila layari www.shell.com.my/helix.

Tags
Google ads
Back to top button