Motosikal

HONDA JALIN KERJASAMA DENGAN FOREVER 21 HASILKAN PAKAIAN UNTUK ANAK MUDA

Honda baru-baru telah menjalin kerjasama dengan jenama fesyen Forever 21 untuk menghasilkan satu koleksi pakaian buat orang muda.

Dikenali sebagai F21xHonda, koleksi tersebut mengambil inspirasi pelekat pada jentera Honda sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Ia kemudian digabungkan bersama rekaan kontemporari untuk remaja lelaki serta perempuan.

“Honda sememangnya mencatat banyak kejayaan dalam perlumbaan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, sama ada di peringkay nasional mahupun antarabangsa.

“Kami teruja kerana Forever 21 berminat untuk menawarkan koleksi pakaian ini kepada pelanggan,” kata Pengurus Kanan Pemasaran Honda Powersports, Mike Snyder.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Forever 21, Linda Chang, pihaknya sentiasa mencari rakan baru untuk kerjasama yang unik.

Justeru, Forever 21 melihat kolaborasi terkini itu sebagai cukup relevan kerana hubungan di antara sukan bermotor dan fesyen semakin popular.

Lebih menarik lagi, pelancaran koleksi ini hadir bersama satu peraduan di Instagram di mana pemenang berpeluang membawa pulang sebuah Honda CRF250L. Mereka hanya perlu merakam foto bersama pakaian F21xHonda dan memuat naik ke laman sosial tersebut.

Google ads
Back to top button