Motosikal

HONDA & KAWASAKI STRUKTUR SEMULA RANGKAIAN JUALAN DI JEPUN

Berikutan jualan motosikal yang kian merudum di Jepun, Honda dan Kawasaki dikatakan bakal menyusun semula rangkaian jualan masing-masing.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, Honda Motor akan mengurangkan jumlah rangkaian jualannya daripada lima kepada dua menjelang April 2018. Sementara Kawasaki Heavy Industries pula merancang mengurangkannya kepada dua sahaja bermula tahun fiscal 2020.

Pasaran motosikal Jepun menguncup kepada hampir satu per sembilan berbanding tahun 1982. “Kami tidak menjangkakan sebarang pertumbuhan, melainkan wujud inovasi teknologi yang signifikan nanti,” kata Presiden Honda Motorcycle Japan, Chiaki Kato.

BACA: INTEGRA GAYA BOON SIEW HONDA

Di bawah struktur peruncitan baharu itu, Honda akan menjual motosikal besar dan bersaiz sederhana menerusi cawangan Honda Dream. Manakala motosikal kecil dijual oleh kedai Honda Commuter dengan sebahagiannya turut menawarkan motosikal jenama lain. Jumlah outlet Honda diramal mencecah 5,500 buah pada April 2018.

Tahun lalu, Honda menjual sekitar 28,000 unit motosikal di Jepun. Ia merancang untuk memperkenalkan 50 model baharu tahun ini. Selain mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 25 peratus.

BACA: EDDIE LAWSON TOLAK TAWARAN RM4.5 JUTA BELI KAWASAKI KZ1000R #21

Ingin meniru kejayaan pengeluar mostosikal asing seperti Harley-Davidson, BMW dan Triumph, Kawasaki telah membuka butik pertamanya di Osaka pada Disember lalu. Kawasaki berhasrat untuk membina imej jenama yang baru apabila menjalin kerjasama dengan pembuat pakaian.

Pertaruhan itu dilihat berjaya apabila semakin ramai pengguna muda mengunjungi butik tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, situasi itu mungkin memberi impak besar kepada peruncit bebas. “Penjual kecil seperti kami tidak piihan selain daripada gulung tikar,” kata seorang pemilik kedai motosikal di Tokyo.

Google ads
Back to top button