
OBEN RORR NAKED BIKE ELEKTRIK DARI INDIA. BUKAN ODEN TAPI OBEN
Jentera dua roda elektrik semakin popular malah menjadi trend baharu di dunia.
Berikutan permintaan tinggi, semakin banyak pilihan kenderaan roda dua elektrik yang ditawarkan kepada orang ramai.
Terbaharu, sebuah syarikat pengeluar dari India, Oben bakal memperkenalkan naked bike elektrik dikenali sebagai Rorr.
Syarikat berkenaan yang baharu diasaskan pada tahun 2020 mendakwa jentera Rorr mampu dicas dalam masa dua jam sahaja dan mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 200 km.

Oben Rorr dikatakan memiliki potensi dalam meraih populariti dalam pasaran India dan rantau Asia dengan menampilkan rekaan seakan-akan naked bike berprestasi tinggi.
Jika dilihat pada bahagian sisi, ia mengingkatkan kepada BMW F 900 R tetapi dengan kuasa jentera 125 cc.
Pengasas bersama Oben Electric, Dinkar Agrawal berkata pihaknya menyasarkan menjadi salah satu pemain peringkat global dalam penghasilan produk-produk khusus.
Motosikal elektrik terbaharu itu dijangka bakal dilancarkan pada bulan April atau Mei tahun ini. – rideapart.


