Motosikal

HONDA RC213V-S BAKAL DILANCAR TIDAK LAMA LAGI?

Pengeluar motosikal berpengaruh dari Jepun, Honda dijangka memperkenalkan motosikal berkuasa tinggi yang ditunggu-tunggu, RC213V-S pada pertengahan bulan ini.

Honda-RC213V-S-mekanika (1)

RC213V-S mula menarik perhatian ramai apabila Honda mempamerkannya di acara EICMA Show 2014. Sejak itu, jentera itu dilihat sebagai pesaing utama kepada jentera high-end seperti Kawasaki H2R dan Ducati Desmosedici RR.

Dibina berdasarkan kepada model MotoGP Honda, RC213V-S didakwa menggunakan enjin V4 bersesaran 1,000cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 200hp! Malah, sistem suspensi dan sistem elektronik jentera yang dibina menggunakan gentian karbon itu juga diambil daripada jentera MotoGP.

Honda-RC213V-S-mekanika (3)

Namun, klac kering yang digunakan pada model MotoGP bagaimanapun ditukar kepada jenis klac basah untuk meningkatkan ketahanannya. Bunyi enjin turut dikurangkan bagi menepati standard tertentu.

Honda-RC213V-S-mekanika (4)

Sama seperti Kawasaki H2R, harga RC213V-S tidak murah. Ia dikatakan akan ditawarkan pada harga enam angka, paling mahal untuk sebuah motosikal Honda Ā setakat ini. Itulah jumlah yang dibayar untuk eksklusiviti.

Honda-RC213V-S-mekanika (7)

Honda RC213V-S dijangka dilancarkan pada perlumbaan MotoGP di Catalunya, Barcelona Sepanyol pada 11 Jun depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button