" "
Motosikal

HONDA RS150R VS YAMAHA Y15ZR – ANDA SUDAH BERSEDIA?

Unit risikan kami telah mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa model moped flagship Boon Siew Honda akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Honda-Winner-Vietnam-mekanika (3)

Paling awal pada 10 Jun ini dan paling lewat sebelum sambutan Hari Raya Aidifitri  akan datang.

Kami lebih percaya ia akan dilancarkan dalam masa seminggu dari sekarang kerana kedai-kedai motor dan pengedar sah Honda sudah mula menerima tempahan. Daripada perbualan dengan kenalan di premis-premis itu juga, mereka yang menempah sekarang bakal mendapat unit masing-masing dalam tempoh seminggu atau sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Honda-Winner-Vietnam-2016-mekanika (3)

Model ini memang ditunggu-tunggu sebagai senjata baru dalam barisan moped Honda. Sebabnya, setelah sekian lama lena diulit mimpi indah EX5 yang menjadi jaguh model 4 lejang, Boon Siew Malaysia seperti hilang arah.

Mereka kini jauh ketinggalan berbanding teknologi yang dicurahkan oleh Yamaha menerusi model moped seperti LC135 dan Y15ZR.

Vietnam menggunakan nama Honda Winner 150, Indonesia menamakan Honda Supra GTR150 dan Malaysia? Berkemungkinan besar namanya Honda RS150R.

Honda-Supra-GTR-150-Indonesia-mekanika (7)

Untuk meraikan kedatangan kedatangan RS150 ini, mari kita lihat pesaing terdekatnya. Di bawah adalah perbandingan spesifikasi secara langsung di antara kedua-dua model tersebut.

Honda RS150R / Winner Yamaha Y15ZR/Exiter
Enjin 4 lejang, DOHC sejukan cecair 4 lejang, SOHC sejukan cecair
Transmisi 6 kelajuan 5 kelajuan
Kapasiti Enjin 149.1cc 149.7cc
Saiz kebuk 57.3mm X 57.8mm 57.0mm X 58.7mm
Kuasa Enjin 11.5Kw / 15.63hp @9,000rpm 11.3Kw / 15.40hp @ 8,500rpm
Tork Enjin 13.5 Nm @6,500rpm 13.8Nm @7,000rpm
Saiz keseluruhan 2025mm X 725mm X 1102mm 1970mm X 670mm X 1080mm
Kelegaan 167mm 135mm
Berat bersih 122kg 115kg
Kapasiti bahanapi 4.5 liter 4.2 liter
Saiz roda depan 90/80-17MC 46P 70/90-17MC 38P
Saiz roda belakang 120/70-17MC 120/70-17MC

Honda-Winner-Vietnam-2016-mekanika (7)

Untuk melihat lebih jelas, ia boleh ditafsirkan seperti ini. Di atas kertas, Honda 150cc mencatat kelebihan dengan penghasilan 11.5kW atau 15.63ps berbanding 15.40ps oleh Y15ZR.

Namun begitu, puncak kuasa Yamaha-Y15ZR-mekanika (2) lebih pendek pada 8,500rpm, sedangkan Honda pada 9,000rpm. Dari segi tork pula, Y15ZR mencatat 13.8Nm berbanding 13.5Nm berbanding enjin Honda. Nah. Di sinilah kelebihan stroker pendek dan bore besar Honda kerana capaian torknya pada 6,500rpm berbanding Y15ZR pada 7,000rpm.

Kedua-duanya menggunakan sistem pancitan bahan api elektronik. Honda telah mengaplikasikan sistem PGM-F1 dengan meluas sehingga model sekecil EX5 Fi, begitu juga Yamaha dengan sistem TCI. Namun dari segi konfigurasi enjin, nampaknya Honda menampung sejumlah 1.3 liter pelincir berbanding 1.15 liter pada Yamaha.

Yamaha-Y15ZR-mekanika (3)

Ini mungkin didorong oleh saiz kotak gear, di mana Honda 6 kelajuan berbanding 5 pada Y15ZR. Saya pun tertanya-tanya mengapa Yamaha tak nak upgrade Y15ZR  dengan 6 kelajuan. Sedangkan ia sebuah enjin yang sudah digunakan sekian lama daripada model FZ150 dan LC135. Kalau tengok pesaingnya Suzuki Belang yang pakai karburetor tu pun gear 6 kelajuan.

Yamaha juga lebih selesa dengan padanan kepala selinder dengan aci sesondol tunggal (SOHC) berbanding reka letak DOHC pada Honda. Secara teknikal juga, saiz water jacket pada kebuk pembakaran Honda semestinya lebih besar untuk menampung layout sebegini.

Yamaha-Y15ZR-tunggang-uji-mekanika (14)

Kelebihan teknikal enjin Honda (DOHC dan 6 kelajuan) sudah tentu menjadikannya lebih berat. Buktinya, berat bersih Honda lebih 7kg berbanding Yamaha (122kg VS 115kg). Lain-lain aspek kebanyakannya hampir sama, fork teleskopik, monoshock belakang, brek cakera depan belakang dan bentangan meter digital untuk paparan kelajuan.

Walaupun kedua-dua model ini menggunakan tayar belakang bersaiz gergasi dalam industri 120/70, Honda di depan dengan pemasangan tayar 90/80 pada roda hadapan berbanding 70/90 bagi Y15ZR (kecik gila weh!).

Akhir sekali, tangki mintak Honda besar sedikit dengan kapasiti 4.5 liter, manakala YamahaY15ZR berkapasiti 4.2 liter.

Google ads
Back to top button