Artikel Pilihan

HONDA SUPER CUB 50 FINAL EDITION – EDISI TERAKHIR SUPER CUB LAGENDA

Super Cub 50 bakal mengucapkan selamat tinggal selepas Honda membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran motosikal dengan enjin kapasiti kecil akibat kawalan emisi yang semakin ketat. Kemunculan banyak saingan yang menggunakan kuasa elektrik juga menjadi salah satu punca. Sedih memang sedih tapi Honda tetap menghadiahkan peminat-peminat setia Super Cub dua model edisi istimewa.

Ia dinamakan ‘Final Edition’ dan menampilkan gabungan warna putih dan Bonnie Blue sebagai memperingati model pertama keluaran mereka. Sudah tentu ia turut diserlahkan dengan elemen perak dan krom di bahagian tertentu.

Spesifikasi lain rasanya sama sahaja tapi yang pasti ia turut mempunyai pelana dua tona sama seperti Super Cub asal, logo khas “Honda 50 Final Edition” dan lencana retro Super Cub 50. Hampir 90 peratus rupa luar menyamai model asal yang dikeluarkan pada tahun 1966 termasuklah lampu-lampu berbentuk bulat, tempat barang belakang dan kunci penghidup khas.

Harga di Jepun ialah sekitar ¥270,000 (lebih kurang RM8,000) dan pengeluarannya dihadkan kepada 2,000 unit. Tempahan bakal dibuka 8 November ini jadi kalau berminat untuk memilikinya boleh pergi tempah kat Jepun kot.

Namun kalau anda seorang pengumpul sejati terdapat satu lagi model edisi khas yang dinamakan Super Cub 50 Hello Kitty Edition. Ini bapak rare lah. Hanya 300 unit bakal dipasarkan dan harganya mahal sedikit berbanding Final Edition. Ia bermula ¥300,000 tidak termasuk cukai.

Ia merupakan penghormatan kepada ulang tahun ke 50 Hello Kitty dan menampilkan penutup berbentuk kucing di bahagian sisi dan logo khas. Ia mempunyai paparan meter yang berwarna dengan kunci penghidup khas dan pelana dengan hiasan watak Hello Kitty.

Ini kalau dibawa masuk ke Malaysia memang #baikbeli la. Silap-silap sepuluh lagi harganya boleh sama dengan sebuah kondo. Ko guano set-set RX-Z?

Google ads
Back to top button