Motosikal

RASMI: CFMOTO 675SR-R DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM37,888

CFMOTO Malaysia dengan rasminya melancarkan CFMoto 675SR-R untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM37,888.

Pelancaran 675SR-R ini sudah pun dijangka ekoran beberapa pengedar rasmi CFMoto di Malaysia sudah pun membuka tempahan bagi ’sportbike’ 3-silinder itu.  

Atas kertas, 675SR-R dikuasakan enjin tiga silinder 674cc 12-valve dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 95hp pada 11,000rpm dan 70Nm pada 8,250rpm. Sekadar perbandingan, Triumph Daytona 675 yang turut dikuasakan enjin tiga silinder 675cc menghasilkan 126hp pada 12,600rpm dan 73Nm pada 11,750rpm. 

Ketika 500SR VOOM menawarkan elemen neo-retro, 675SR-R datang dengan pakej lebih moden dan aerodinamik dengan kehadiran  pencahayaan LED penuh, winglet serta ‘brake scoop’ yang membantu menyejukan cakera brek dengan lebih efisien. 

Selain itu, model baharu ini turut dilengkapi dengan sistem quickshifter,  traction control (dua peringkat) dan ABS dari Bosch secara standard. 

Sementara itu, ketika motosikal segmen 600cc rata-rata dipadankan dengan tayar depan berukuran 120, 675SR pula dilengkapi dengan tayar 110/70-17. Namun, kami jangkakan pemasangan tayar bersaiz 120 boleh dilakukan untuk tujuan ‘track day’ kerana 675SR ini dilengkapi dengan ‘lap timer’. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • fork depan USD dari KYB boleh laras
  • penyerap hentak tunggal dari KYB boleh laras
  • kaliper brek depan 4-pot J.Juan dengan cakera 300mm
  • kaliper brek belakang 1-pot J.Juan dengan cakera 240mm
  • ABS 
  • tangki bahan api 15L
  • berat 185kg

Bagi pasaran tempatan CFMoto 675SR-R hadir dengan dua warna pilihan, Nebula White dan Nebula Black.

GALERI: CFMOTO 675SR-R

Google ads
Back to top button