
HUAWEI BUKA CAWANGAN DI KLCC
Huawei Device Malaysia secara rasmi telah membuka cawangannya di pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC baru-baru ini.
Ini merupakan pembukaan cawangan yang ketiga dalam tahun 2014, sekali gus membuktikan komitmen Huawei kepada pengguna di Malaysia.
Terletak di tingkat tiga (Lot 316A), premis itu menawarkan rangkaian luas produk Huawei. Ini termasuklah telefon pintar terkini Huawei Ascend P7 dan MediaPad X1. Di samping jalur lebar mobile serta peralatan rumah.
Sempena pembukaan ini. Huawei menawarkan kempen Twin Tower, Twin Promotion. 100 pasangan kembar dua, tiga atau empat yang membeli Huawei Ascend P7, Huawei X1 7.0, Huawei Ascend G6 atau Huawei Ascend G750 dari cawangan ini bermula 16 hingga 20 Julai 2014 layak menerima promosi beli 1 percuma 1 atau beli 1 percuma 2.
“Kami sangat teruja untuk menjadi syarikat berteknologi tinggi dari China yang mempunyai premis di KLCC.
“Apabila kami mula menjual telefon bimbit berjenama Huawei dua tahun lalu, ia tidak dikenali oleh kebanyakan pengguna. Terima kasih kepada sokongan pelanggan, telefon yang berkualiti tinggi dan dedikasi pasukan, perniagaan kami telah berubah secara signifikan,” kata Pengarah Negara bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies Malaysia, Gary Xu.













